SUAMI ISTERI Kering ‘Di Situ’ Gugat Suasana Ranjang

Perlu tahu punca dan cara tanganinya untuk mengembali­kan keseronoka­n kala berdua bersama suami.

Jelita - - Contents -

Jika topik ini sesuatu yang dekat di hati anda, usah gusar. Ini kerana ramai wanita berdepan masalah sama dan lebih rela mendiamkan diri. Menurut Dr Manuel Haeuser, penasihat perubatan ginekologi bagi Vagisan Germany, rasa kekeringan itu biasanya diiringi dengan rasa ketidaksel­esaan yang lain seperti kegatalan, pedih dan kesakitan sewaktu berasmara. Simptom berkenaan memberi kesan kepada rutin harian wanita itu.

Bukan Satu Faktor Sahaja

Ia bukanlah sematamata sebab faktor usia, ada banyak sebab lain. Biasanya ia berlaku sewaktu usia sekitar

41 ke 55 tahun, kekeringan vulvovagin­al mungkin berlaku disebabkan perubahan pada keadaan tubuh wanita disebabkan penuaan. Dalam konteks ini, ramai wanita berhadapan kekeringan di kawasan genital – ‘dalam’ faraj juga pada ‘luar’ (kawasan vulva). Cecair faraj yang berkuranga­n akan menyebabka­n kulit menipis dan lebih rapuh.

Namun, jangan sangka hanya wanita berusia saja yang kena, kerana wanita muda boleh berdepan masalah yang sama terutama selepas pembedahan ovari atau uterine, sewaktu hamil dan menyusu anak atau jika ambil pil pencegah kehamilan. Tambahan lagi, jika sedang makan ubat malah tekanan juga turut dikaitkan dengan kekeringan pada kawasan berkenaan.

Ada juga bertanya, bagaimana hendak kurangkan sakit bila di ranjang terutama buat wanita yang sudah putus haid? Menurut Dr Haeusur, bagi ramai wanita, formula berasaskan air (seperti gel) tidak sesuai kerana gel itu boleh mengeringk­an lagi kulit kawasan itu. “Mereka perlukan produk yang melembap dan mengandung­i lipid (lemak) menyihatka­n supaya kawasan faraj kekal lembut,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.