KEMAS KINI DOA ANDA

Jelita - - Catatan Editor - Anida Salwani, Editor [email protected]

Agaknya

mungkin kerana kita orang Melayu, rasa malu kita cukup tebal. Kita malu hendak meminta lebih, malah malu bila dapat lebih. Ada bagusnya bersikap malu, kerana sifat ini akan menjadi benteng dan anda tidak akan menjadi manusia yang gemar mendabik dada atau besar kepala. Tetapi hanya dengan Dia sahaja, anda sebenarnya tidak perlu malu, iaitu dengan Allah SWT.

Kenapa saya tiba-tiba berkongsi perihal ini? Saja hendak berkongsi pengalaman saya dan semoga pembaca Jelita bisa peroleh manfaat besar daripadany­a.

Anda tidak perlu malu bila meminta daripadaNy­a. Bila anda di tikar solat, mintalah sebanyak-banyaknya. Di depan Allah anda tidak usah malu untuk menjadi ‘tamak’, meminta itu dan ini. Duduklah mengangkat tangan memohon dan meminta, merintih hingga menitiskan air mata. Juga, editlah doa anda pada setiap masa. Tidak salah meminta benda yang berbeza setiap waktu, hari atau minggu. Jika dahulu anda berdoa meminta secara umum – “murahkanla­h rezekiku Ya Allah” – editlah doa anda menjadi “turunkanla­h rezeki kepadaku seluas lautan yang Engkau cipta, seluas angkasa dan sebanyak titisan hujan yang turun membasahi bumiMu.” Lebih spesi k, lagi bagus.

Pengalaman benar, saya pernah terdetik di dalam hati sewaktu dalam perjalanan ke pejabat; alangkah seronoknya jika dapat bawa anak bercuti ke luar negara sesudah selesai peperiksaa­n. Mana hendak disangka dan dengan tidak semena-mena, peluang keemasan itu tiba. Saya sedar, dengan hanya terdetik dan berdoa bukan di atas sejadah, Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihan­i. Bayangkanl­ah jika kita duduk sedang fokus kepadaNya, seusai solat, selepas membaca alQuran, bagaimanal­ah pula Dia limpahkan kita dengan RahmatNya? Justeru, editlah doa anda. Mudah-mudahan doa yang anda bisikkan di bumi akan didengar di langit. Janji Allah adalah benar.

Beralih kepada edisi kali ini. Jelita ketengahka­n mengenai kesihatan kulit merangkumi penjagaan wajah, rias menawan, juga penyakit atau permasalah­an yang berkaitan dengannya. Suai padan gaya dan rona juga diketengah­kan dalam lembaran fesyen bersesuaia­n dengan wanita sawo matang atau cerah ciku.

Jika masih tidak puas hendak mendapatka­n informasi bergaya berilmu daripada Jelita, layari saja herinspira­si.com. Kami kemas kini rencana terbaru di situ setiap hari!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.