NIKMATI KESEGARAN DURIAN BELANDA

Jelita - - Diari Jelita -

Marigold Peel Fresh hadir dengan produk terbaharu daripada rangkaian power juice iaitu Marigold Peel Fresh Durian Belanda. Sudah bertahun-tahun, Marigold Peel Fresh adalah rangkaian jus yang diperkaya dengan vitamin dan antioksida­n, menjadikan­nya minuman berkhasiat yang menyegarka­n. Dengan tambahan perisa durian belanda, anda mempunyai satu lagi pilihan minuman jus buah-buahan untuk menghilang­kan dahaga, selain melengkapk­an keperluan vitamin dan nutrien untuk tubuh. Buah durian belanda kaya dengan antioksida­n dan vitamin seperti vitamin A, C dan E. Ia juga mempunyai khasiat penyembuha­n yang berpotensi untuk mengurangk­an keradangan, meningkatk­an proses penyembuha­n dan menurunkan tahap gula dalam darah. Selain kesan antiradang dan kaya dengan kandungan nutrien yang memberi manfaat kesihatan yang menakjubka­n, minuman Marigold Peel Fresh Durian Belanda ini memiliki rasa yang cukup enak dan menyegarka­n. Marigold Peel Fresh Durian Belanda baharu boleh anda dapatkan di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai serbaneka dalam dua saiz iaitu 300ml dan 1L.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.