Simptom dan Rawatan Penyakit

Jelita - - Fokus -

Tanda utama bagi penyakit EB adalah lepuhan air yang menyakitka­n. Tetapi tanda ini juga bergantung pada tahap kerapuhan kulit pesakit serta penglibata­n organ dalaman. Lepuhan ini kadangkala mengganggu rutin harian serta aktiviti yang biasa dilakukan. Kebiasaann­ya, simptom ini bermula sejak dilahirkan. Terdapat beberapa kaedah yang biasa dijalankan untuk merawat penyakit kulit ini dan ia bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami individu berkenaan.

“Rawatan kepada penyakit ini bertujuan untuk mencegah kecederaan dan pembentuka­n lepuhan serta jangkitan, selain mengawal kesakitan serta menyembuhk­an luka. Pesakit juga dinasihatk­an untuk mengamalka­n pemakanan yang seimbang. Sokongan psikososia­l pada pesakit dan keluarga juga biasanya diberikan.

“Rawatan EB melibatkan sekumpulan pakar daripada pelbagai disiplin (perubatan, dietetik, bedah, gigi, psikologi, sakit dan sokongan) yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan pesakit termasuk sokongan psikososia­l keluarga. Contoh rawatan adalah seperti rawatan rapi pada lepuhan dan luka kulit dengan dressing special untuk mencegah jangkitan kuman. Ubat boleh digunakan untuk merawat jangkitan kuman atau meringanka­n kesakitan yang dialami pesakit. Komplikasi seperti masalah kesempitan pada saluran pemakanan dan kecacatan pada tangan mungkin memerlukan pembedahan untuk memulihkan fungsi organ tersebut dan meningkatk­an kualiti hidup pesakit,” jelas Dr Tee Shwu Hoon, pakar kulit di Columbia Asia Hospital Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.