Fusili Bersama Labu & Daging Lembu

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN KUAH:

• 120g bakon daging lembu,

dipotong kecil

• 1 bawang, dipotong dadu

• 1 ulas bawang putih,

dihancurka­n

• 700g labu, dipotong kecil

• Garam dan lada, secukup

rasa

• 350ml sup/stok ayam

• 500g fusili

• 90g keju parmesan parut

CARA MEMBUATNYA:

1 Masak bakon daging lembu dengan api sederhana sehingga garing. Kemudian letakkan pada tuala kertas untuk tapis minyaknya.

2 Menggunaka­n kuali yang sama, tumis bawang hingga naik bau kira-kira tiga ke lima minit. Masukkan bawang putih dan biarkan masak lagi selama dua minit.

3 Kemudian masukkan labu dan perasakan dengan garam serta lada. Tambahkan stok ayam dan biarkan mendidih. Perlahanka­n api dan tutup kuali. Biarkan kira-kira 15 ke 17 minit.

4 Keluarkan bawang putih dan lenyekkan labu yang telah lembut menggunaka­n pelenyek kentang.

5 Sementara itu, rebus pasta fusili sehingga al dente selama kira-kira lima ke tujuh minit dan tapiskan.

6 Gaul pasta dan bakon daging lembu tadi bersama campuran labu. Taburkan keju parmesan.

Fusili Bersama Labu & Daging Lembu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.