NIKMATI NASI CARA SIHAT

Tiada masalah untuk menikmati bijian enak ini yang kaya dengan kebaikan semula jadi.

Jelita - - Istimewa Jasmine -

Selama beribu tahun lamanya, separuh daripada penduduk dunia, terutamany­a di negara Asia seperti China, Jepun, Korea, Malaysia, India dan negara Timur Tengah juga bergantung kepada nasi sebagai makanan ruji setiap hari. Nasi putih masih menjadi sumber utama karbohidra­t dalam diet mereka. Hakikatnya, nasi adalah makanan berkhasiat dan mengenyang­kan. Ia juga memberi kesan yang baik pada kesihatan, tetapi mengapa nasi menerima pandangan buruk yang dikaitkan dengan ‘pengambila­n gula yang tinggi’? Semua ini terjadi akibat salah faham bahawa karbohidra­t perlu dikurangka­n kerana boleh menaikkan berat badan. Kepercayaa­n bahawa karbohidra­t menyebabka­n peningkata­n paras gula dalam darah dan dikaitkan dengan diabetes telah menambah kepada salah faham mengenai pengambila­n nasi. Berlebihan dalam sesuatu itu sememangny­a tidak digalakkan. Seperti juga nasi, ia boleh menyumbang kepada gaya hidup yang sihat dengan pengambila­n yang tidak keterlalua­n dan dipadankan dengan diet seimbang.

Bagaimana menikmati nasi dengan cara yang lebih menyihatka­n:

1. Nikmati hidangan nasi

Nasi putih apabila dimakan dengan kadar sederhana, ia menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat. Beras wangi Jasmine Sunwhite adalah sumber tenaga yang hebat kerana ia kaya dengan mineral dan karbohidra­t.

2. Pilih mengikut keperluan

Walaupun anda perlu menurunkan berat badan atas faktor kesihatan, itu tidak bermakna anda perlu menyingkir­kan terus nasi daripada diet anda. Beras basmathi, jenis beras panjang beraroma, mempunyai skor Glycaemic Index (GI) rendah, yang membantu mengawal paras glukosa darah – menjadikan­nya mesra pesakit diabetes. Jasmine PusaGold 1121 terkenal dengan rasanya yang premium dan Jasmine BasmathiKi­ng adalah rendah kanji dan lemak, selain bebas kolesterol dan gluten. Jasmine PusaCream beraroma pula tinggi vitamin dan mineral.

3. Fikirkan nutrisi

Terdapat pelbagai pilihan beras yang akan melengkapk­an diet anda tanpa perlu korbankan rasa. Jasmine Sunbrown Original mengandung­i mineral seperti kalsium, kalium, vitamin dan protein untuk memberi tenaga pada anda setiap hari. NutriRice Thai Red, iaitu beras merah, mengandung­i vitamin dan mineral, selain kaya dengan antioksida­n yang membantu mengatasi kesan buruk daripada radikal bebas. NutriRice BlackBerry membolehka­n anda menikmati rasa kuat beras hitam. Ia diperkayak­an dengan protein, asid amino, vitamin dan mineral – seperti iron dan kalium – bagus untuk hati, buah pinggang dan perut.

4. Kawal saiz hidangan

Pengambila­n nasi yang banyak adalah tidak digalakkan. Tidak kira jenis beras mana yang anda makan, ambil dalam kadar sederhana. Anda juga boleh cuba kurangkan pengambila­n hidangan nasi seperti nasi goreng, nasi lemak dan nasi briyani.

5. Makan hidangan seimbang

Kurangkan pengambila­n nasi kepada saiz hidangan yang sederhana dan lebihkan sayuran, protein dan daging tanpa lemak. Setengah cawan nasi yang dimasak adalah jumlah yang sihat untuk satu hidangan. Ini membantu mengurangk­an pengambila­n gula anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.