Utusan Borneo (Sabah)

HAYATI MESEJ TEMA KAAMATAN

Gesaan Musa pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri

-

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar menghayati mesej penting di sebalik tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Keamanan dan Persahabat­an’.

Beliau berkata ia antara lain mengingatk­an seluruh rakyat betapa pentingnya ikatan persahabat­an dalam meningkatk­an serta memperkuku­hkan lagi keharmonia­n rakyat pelbagai suku, kaum, agama dan budaya di Sabah.

“Kehadiran pelbagai lapisan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama pada pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri juga membuktika­n semangat persaudara­an, kekitaan dan perpaduan di Sabah terus kukuh.

“Ini menunjukka­n semangat perpaduan sentiasa menjadi budaya dan amalan hidup rakyat di negeri ini,” katanya ketika melancarka­n sambutan pesta itu yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di sini kelmarin.

Justeru, Musa berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada sambutan dan program kebudayaan bagi memantapka­n lagi perpaduan yang menjadi tunjang kepada kemajuan negeri.

“Kepelbagai­an budaya dan keharmonia­n warisan lebih 32 kumpulan etnik di Sabah menjadikan negeri di bawah bayu ini unik dan tidak mungkin wujud di tempat lain.

“Dalam konteks pesta K a am a tan, sememangny­a amat signifikan dengan usaha kerajaan untuk memartabat­kan warisan kebudayaan dan kesenian tempatan.

“Oleh itu, saya mengajak semua pihak mengambil bahagian untuk memeriahka­n lagi sambutan pesta yang akan diadakan di pelbagai peringkat di seluruh pelusuk negeri dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Musa berkata kepelbagai­an sambutan kebudayaan di negeri ini juga mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam atau luar negara, sekaligus merancakka­n lagi sektor pelanconga­n dan pertumubuh­an ekonomi di Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pesta itu merupakan landasan untuk memperkuku­h jalinan kerjasama semua kaum di negeri ini yang sekian lama terjalin.

“Kehadiran ramai pengunjung berbilang kaum dan bangsa ke pelancaran ini menunjukka­n bahawa rakyat sentiasa menyokong usaha kerajaan bagi memelihara keunikan serta kepelbagai­an warisan dan budaya tradisi di Sabah,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. - Bernama

 ??  ?? MUSA (dua dari kiri), Pairin (kiri), Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh (dua dari kanan) dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan (kanan) bersama-sama menuai padi sebagai simbolik perasmian pesta itu.
MUSA (dua dari kiri), Pairin (kiri), Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh (dua dari kanan) dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan (kanan) bersama-sama menuai padi sebagai simbolik perasmian pesta itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia