Utusan Borneo (Sabah)

Protes Hari Buruh gegar Korea Selatan

Reformasi yang dicadangka­n kerajaan dibantah keras, tuntut gaji minimum tinggi

-

SEOUL: Puluhan ribu warga Korea Selatan semalam menyertai tunjuk perasaan Hari Buruh untuk membantah reformasi buruh yang ingin dilaksanak­an oleh kerajaan, dan menuntut gaji minimum yang lebih tinggi.

Aktivis buruh berkata rang undang-undang yang ingin diluluskan oleh Presiden Park Geun-Hye dan Parti Saenuri yang konservati­f akan memudahkan­nya untuk syarikat memecat pekerja.

“Marilah kita sama-sama menentang rang undangunda­ng yang zalim itu!” aktivis dan ahli kesatuan sama-sama melaung sewaktu tunjuk perasaan di Seoul Plaza di hadapan Dewan Bandaraya.

Kira- kira 30,000 ahli kesatuan mengambil bahagian dalam perhimpuna­n besar-besaran itu, menurut Persekutua­n Kesatuan Sekerja Korea.

Pilihan raya pada bulan lepas menyaksika­n parti Park hilang majoriti dalam parlimen buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun, apabila pengundi memaklumka­n rasa tidak puas hati mereka terhadap rekod ekonomi presiden dan penganggur­an belia yang semakin meningkat.

Kekalahan besar itu bermakna Park, yang masih ada tidak sampai dua tahun lagi berbaki dalam penggal pertamanya selama lima tahun, semakin berdepan dengan masalah untuk melaksanak­an agenda ekonominya yang konservati­f termasuk reformasi buruh.

Pesanan pada panji yang dikibarkan di rapat umum semalam termasuk “Tolak pemecatan mudah!” dan “Lindungi hak kami untuk bekerja!”.

Penunjuk perasaan melaung: “Tentang pentadbira­n Park yang menyekat hak buruh!”

Ramai turut mengibarka­n bendera gergasi yang menyebut “Gaji minimum 10,000 won (RM33.17)!” Gaji minimum di Korea Selatan sekarang adalah 6,030 won sejam.

Satu lagi tunjuk perasaan yang melibatkan ribuan pekerja diadakan di tempat lain di tengah Seoul, untuk menuntut pembatalan rang undang- undang reformasi buruh dan waktu kerja lebih pendek.

Korea Selatan mempunyai antara waktu kerja paling panjang di dunia iaitu 2,124 jam setahun, jauh lebih tinggi berbanding purata 1,770 jam bagi OECD.

Polis berkata lebih 10,000 anggota dikerahkan bagi tunjuk perasaan itu tetapi tiada pertelingk­ahan dilaporkan.

Rapat umum Hari Buruh pada tahun lepas berakhir dengan pertelingk­ahan yang ganas di antara penunjuk perasaan dengan anggota polis, yang menggunaka­n meriam air dan semburan lada ke atas orang ramai. Puluhan orang cedera.

Pentadbira­n Park berkata rancangan reformasi itu akan memperkena­lkan kelenturan kepada pasaran buruh yang kaku, dengan memudahkan­nya bagi syarikat untuk mengambil pekerja dan juga memecat mereka. — AFP

 ??  ?? PARA pekerja yang menganggot­ai kesatuan sekerja membanjiri pekarangan Dewan Bandaraya Seoul di tengah ibu negara sempena perhimpuna­n Hari Buruh, semalam. — Gambar AFP
PARA pekerja yang menganggot­ai kesatuan sekerja membanjiri pekarangan Dewan Bandaraya Seoul di tengah ibu negara sempena perhimpuna­n Hari Buruh, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia