Utusan Borneo (Sabah)

Ikrar berkempen secara bersih

Fazzrudin yakin jentera BN Tupong tiada kaitan bakar bendera PKR

-

KUCHING:Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Tupong tidak pernah dan tidak akan menggunaka­n taktik kotor sepanjang tempoh rasmi berkempen ini.

Malah, calon BN Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman yakin jenteranya tidak terlibat dengan perbuatan membakar bendera Parti Keadilan Rakyat ( PKR) seperti yang dilaporkan barubaru ini.

“Jentera kami telah diberi taklimat sebelum tempoh rasmi kempen bermula mengenai peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pilihan raya ini.

“Malah, jentera kami iaitu BN dan juga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berikrar akan berkempen dan bertanding secara bersih dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

“Sebab itu, saya amat yakin perbuatan membakar bendera PKR yang berlaku baru- baru ini tiada kena mengena dengan jentera kami mahupun penyokongp­enyokong BN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Menengah ( SM) Sains Kuching di sini, pada Sabtu pada perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan PIBG sekolah berkenaan.

Ditanya mengenai perjalanan aktiviti berkempen yang telah memasuki hari keenam semalam, Fazzruddin ternyata berpuas hati dengan penerimaan rakyat Tupong terhadapny­a.

Pengalaman berkhidmat untuk Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini, katanya, banyak membantu dan memudahkan beliau dikenali dan terima baik oleh rakyat Tupong.

“Saya akan menggunaka­n sepenuhnya baki tempoh berkempen yang masih ada ini untuk mendekati keseluruha­n rakyat di Tupong ini.

“Harapan saya, rakyat khasnya pengundi Tupong akan memberi peluang dan kepercayaa­n kepada saya untuk mewakili mereka pada 7 Mei ini,” katanya.

 ??  ?? FAZZRUDDIN (kiri) bersalaman dan bertanya khabar dengan ibu bapa serta ahli-ahli PIBG SM Sains Kuching sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan.
FAZZRUDDIN (kiri) bersalaman dan bertanya khabar dengan ibu bapa serta ahli-ahli PIBG SM Sains Kuching sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia