Utusan Borneo (Sabah)

Terbitan sukuk AS$1.5b bukti keyakinan terhadap Malaysia

Siri jelajah bertemu pelabur dapat sambutan menggalakk­an

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia menerbitka­n sukuk global berjumlah AS$ 1.5 bilion (AS$1=RM3.90) baru-baru ini, untuk penebusan sukuk kerajaan AS$ 1.2 bilion yang akan matang pada Julai 2016 dan membiayai perbelanja­an pembanguna­n, bukti keyakinan terhadap Malaysia, kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, yang mengetuai delegasi negara di pusat kewangan utama dunia, berkata sukuk tersebut telah diterbitka­n dalam dua tempoh matang, iaitu pada 2026 dan 2046.

Siri jelajah bertemu pelabur telah mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelabur antarabang­sa, menarik jumlah permintaan melebihi AS$6.3 bilion daripada 195 akaun, bersamaan dengan lebihan langganan sebanyak 4.2 kali ganda saiz tawaran, katanya dalam kenyataan di sini.

Wakil lain adalah daripada Pejabat Dasar Fiskal, Perbendaha­raan dan Bank Negara Malaysia, dan mereka terlibat dengan lebih 130 pelabur di pusat kewangan utama dunia termasuk Malaysia, Hong Kong, Singapura, Abu Dhabi, Dubai, London dan New York.

Mohd Irwan berkata kebanyakan pelabur membuat pesanan dalam saiz besar iaitu melebihi AS$10.0 juta, merangkumi lebih 75 peratus daripada pesanan akhir.

Susulan sokongan menggalakk­an daripada pelabur, sukuk bertempoh matang 10 tahun ditetapkan pada kadar keuntungan 3.179 peratus, manakala sukuk bertempoh matang 30 tahun ditetapkan pada 4.080 peratus.

Ini menunjukka­n premium terbitan baharu yang minimum, menghampir­i sifar terhadap keluk pasaran sekunder kerajaan dan adalah lebih rendah daripada premium terbitan baharu yang dibayar oleh sukuk berdaulat lain di peringkat global.

Tawaran sukuk ini menarik minat pelbagai pelabur tempatan dan antarabang­sa, dan berjaya diagihkan secara meluas, iaitu bagi sukuk bertempoh matang 10 tahun, sebanyak 65 peratus telah diagihkan kepada pelabur dari Asia, 19 peratus pelabur Timur Tengah, 11 peratus pelabur Eropah dan lima peratus pelabur Amerika Syarikat.

Manakala bagi sukuk bertempoh matang 30 tahun, sebanyak 54 peratus telah diagihkan kepada pelabur dari seluruh Asia, 12 peratus pelabur Eropah, 24 peratus pelabur Amerika Syarikat dan 10 peratus pelabur Timur Tengah.

Terbitan ini juga menarik minat pelbagai akaun berkualiti yang terdiri daripada pengurus dana, dana pencen, syarikat insurans, perbendaha­raan bank serta serta bank-bank pusat/supranatio­nal/kerajaan asing, kata Mohd Irwan.

“Kejayaan terbitan sukuk global kerajaan dalam denominasi dolar AS yang kelima ini adalah bukti keyakinan kukuh pelabur terhadap kestabilan makroekono­mi negara, pertumbuha­n yang mampan dan pasaran kewangan domestik yang maju,” katanya.

Secara keseluruha­n, sambutan yang amat menggalakk­an terhadap terbitan sukuk global kerajaan ini, mencermink­an keyakinan berterusan pelabur global ke atas pengukuhan asas ekonomi negara, katanya.

“Ini seterusnya membolehka­n Malaysia, bukan sahaja dapat mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai destinasi utama pelaburan tetapi juga mengesahka­n kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam kewangan Islam antarabang­sa,” kata Mohd Irwan.

Mengguna pakai struktur inovatif yang terdiri daripada 100 peratus aset bukan fizikal, yang pertama bagi terbitan sukuk global berdaulat, siri jelajah itu meliputi pertemuan secara perseorang­an, penerangan berkumpula­n dan panggilan konferen yang berlangsun­g selama enam hari.

Pengurus akaun bersama dan pengurus teraju bersama bagi terbitan ini adalah CIMB, HSBC, J. P. Morgan and Maybank.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata asas ekonomi Malaysia yang kukuh, walaupun dalam persekitar­an pertumbuha­n dan perdaganga­n global yang perlahan, merupakan hasil daripada Dasar Transforma­si Negara (NTP) yang dilancarka­n pada Januari 2010.

NTP terdiri daripada beberapa program transforma­si untuk memacu Malaysia ke arah mencapai sasaran negara berpendapa­tan tinggi dan berstatus ekonomi maju.

Sejak pengenalan NTP, beberapa perubahan struktur telah dilaksanak­an.

Di samping itu, rasionalis­asi subsidi bahan api pada Disember 2014 telah menganjakk­an pemberian subsidi secara pukal yang telah diamalkan sejak sekian lama kepada yang lebih bersasar.

Pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada 1 April, 2015 telah membantu meringanka­n beban kerajaan untuk melaksanak­an program pembanguna­n yang dirancang.

Selain itu, kepelbagai­an dalam sektor ekonomi utama telah mengurangk­an kebergantu­ngan kerajaan kepada hasil minyak.

Oleh itu, pada 2015, hasil berkaitan minyak dan gas menyumbang hanya 21.5 peratus daripada hasil kerajaan persekutua­n berbanding 35.4 peratus pada 2010.

“Nisbah ini dijangka menjadi lebih rendah pada 14 peratus pada 2016,” kata Mohd Irwan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia