Utusan Borneo (Sabah)

Industri muzik tempatan perlu sokongan masyarakat

- Oleh DELLROY

MEMARTABAT­KAN industri muzik tempatan tidak hanya sekadar menarik minat para pendengar akan tetapi perlu mendapatka­n sokongan daripada masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata tanpa adanya sokongan padu daripada masyarakat setempat segala apa yang dilaksanak­an tidak akan tercapai.

Katanya, lirik lagu setiap ciptaan juga memainkan peranaan penting dalam membentuk masyarakat ke arah nilai-nilai murni dan bukannya hanya keseronoka­n semata-mata.

“Ini kerana, melalui penghasila­n lagu yang berkualiti bukan sahaja diminati ramai malahan mampu menembusi penjualan album yang tinggi di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an Sugandoi Peringkat Daerah Tenom Sempena Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Pentas Utama di Padang Pekan Tenom, malam Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam pertanding­an berkenaan, Christophe­r Simon dan Hennie Fione Henry Anjun masing-masing dinobatkan sebagai johan dan naib johan sekaligus bakal mewakili Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong ke pertanding­an sungandoi peringkat negeri yang diadakan di Hongkod Koisaan Penampang pada pertengaha­n Mei nanti.

Kedua-dua pemenang itu masing-masing membawa hadiah wang tunai RM1,000 dan RM800 berserta trofi dan sijil.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Mexwill Yong Micheal yang turut membawa pulang wang tunai RM500, trofi dan sijil.

Pemenang saguhati pada pertanding­an itu turut menerima wang tunai dan sijil.

Seramai 12 perserta akhir berentap pada pertanding­an berkenaan.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R (tengah) dan Hennie (kiri) dan Mexwill menerima hadiah masing-masing selepas pertanding­an itu.
CHRISTOPHE­R (tengah) dan Hennie (kiri) dan Mexwill menerima hadiah masing-masing selepas pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia