Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki suspek samun kereta ditangkap

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN KERETA mangsa yang dilarikan suspek dalam kejadian terbabit.

KOTA KINABALU: Suspek yang melarikan sebuah kenderaan ketika mangsa masih berada di dalamnya akhirnya diberkas polis.

Lelaki berumur 31 tahun itu ditangkap oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 4.30 pagi Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya memberkas suspek di Lorong Haji Yakub Kampung Air di sini.

Menurutnya, pada 23 April lepas kira- kira jam 12.40 tengahari, suspek bertindak melarikan sebuah kenderaan di parkir hadapan KK Plaza dan Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Semasa kejadian, mangsa seorang wanita bersama anak perempuann­ya yang berumur 20 bulan berada di dalam kenderaan terbabit.

“Pada waktu itu, suami mangsa keluar ke pasar untuk membeli ikan dan membiarkan enjin kereta masih hidup.

“Mangsa tidak menyedari kehadiran suspek yang secara tiba- tiba memasuki kereta ekoran sibuk menguruska­n anaknya yang menangis,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Katanya suspek terus memandu kereta berkenaan dan membawa mangsa bersama anaknya sehingga ke Bulatan Ikan Todak sebelum meninggalk­an mangsa anakberana­k di tepi jalan.

Chandra berkata mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan segera mendapatka­n suaminya sebelum membuat laporan polis.

Katanya, selain kereta jenis Nissan C90, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit jenama Oppo.

“Beberapa barang turut dirampas daripada suspek antaranya sebuah kereta jenis Nissan C90 yang juga kereta mangsa, dokumen pengenalan diri milik mangsa, sebilah gunting dan pisau boleh laras, sebatang ‘ test pen’, serta dompet.

“Suspek juga didapati positif ujian saringan air kencing dan memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia