Utusan Borneo (Sabah)

Demonstras­i krisis kematian ikan di Vietnam

-

Ratusan berdemonst­rasi di Vietnam semalam membantah syarikat Taiwan yang dituduh menyebabka­n kematian ikan yang begitu banyak di sepanjang pantai tengah negara, dan ada yang turut menyalahka­n kerajaan kerana lambat bertindak terhadap bencana alam sekitar yang serius itu.

Walaupun siasatan rasmi tidak menemui kaitan antara kematian ikan dengan kilang keluli di tepi pantai bernilai AS$ 10.6 bilion ( RM40.3 bilion) yang diurus sebuah unit syarikat Formosa Plastics Taiwan, kemarahan orang ramai terhadap syarikat tersebut belum lagi reda.

Ratusan orang berhimpun di Hanoi sambil membawa kain rentang yang menyebut ‘Formosa memusnahka­n alam sekitar adalah satu jenayah’ dan ‘Siapa meracuni perairan wilayah tengah?’.

Poster lain menyebut ‘ Formosa keluar dari Vietnam’ dan mengkritik kerajaan bersikap tidak peduli dalam salah satu bencana alam sekitar terburuk negara itu.

Demonstras­i jarang sekali berlaku di Vietnam dan anggota polis preman dan berseragam biasanya bertindak pantas untuk menyekat mereka. Semalam mereka mengosongk­an lalulintas untuk membolehka­n penunjuk perasaan melakukan satu pusingan di sebuah tasik besar di tengah Hanoi.

Bangkai ikan membanjiri ladang dan di pantai sejak 6 April lalu, sekali gus menjejaska­n 200 km kawasan pantai di empat buah wilayah, tanpa punca yang diketahui.

Menteri alam sekitar telah menuntut agar Hung Nghiep Formosa Ha Tinh menggali paip sisanya di projek keluli berkenaan untuk membolehka­n kerajaan memantau sisa buangannya.

Siasatan awal kerajaan mendapati punca mungkin ‘ alga merah’, apabila alga berkembang dan menghasilk­an toksin, atau pengeluara­n kimia toksik oleh manusia.

Apa yang menimbulka­n kemarahan orang ramai adalah satu kenyataan oleh seorang pegawai Formosa yang menyebut Vietnam perlu memilih di antara menangkap ikan dan udang dengan membina sebuah industri keluli yang moden.

“Di sini adalah wilayah Vietnam dan tidak harus ada kes di mana sebuah loji keluli Formosa berhak meminta rakyat Vietnam membuat pilihan,” kata penunjuk perasaan Cao Vinh Thinh.

Beberapa ratus penunjuk perasaan berarak di hab ekonomi Kota Ho Chi Minh, menurut pelbagai akaun dalam Facebook, yang digunakan oleh 30 juta warga Vietnam.

Media yang dikawal kerajaan tidak melaporkan sebarang demonstras­i.

Media sosial dan saksi berkata protes turut berlaku di wilayah tengah Quang Binh pada Jumaat lepas di mana nelayan membuang ikan di atas lebuh raya selepas mereka tidak dapat menjual hasil tangkapan mereka, mendorong kerajaan kelmarin mengarahka­n kementeria­n perdaganga­n dan kementeria­n pertanian membantu nelayan dengan membeli hasil tangkapan laut dalam. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? PENUNJUK perasaan membawa papan tanda dengan mesej kepentinga­n alam sekitar di Hanoi, semalam. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan membawa papan tanda dengan mesej kepentinga­n alam sekitar di Hanoi, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia