Utusan Borneo (Sabah)

Kuasai kemahiran berkomunik­asi, akademik bukan jaminan kejayaan

Bagi menyediaka­n rawatan dan jagaan kepada haiwan berkenaan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Satu tempat atau pusat perlindung­an kucing tempatan perlu diwujudkan di daerah ini bagi menangani masalah kucing- kucing yang terbiar.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Kolonel (K) Datuk Juhari Haji Janan berkata dengan adanya tempat perindunga­n kucing terbiar berkenaan, ia dapat menyediaka­n rawatan dan jagaan yang baik kepada haiwan berkenaan.

“Pihak persatuan perlu berusaha mewujudkan pusat perlindung­an kucing ini seperti yang ada di negeri lain,” katanya.

Beliau berkata ia adalah salah satu langkah yang baik agar kucing tempatan tidak terbiar merata-rata dan ada juga mati kena langgar kenderaan.

“Kita boleh jadikannya sebagai haiwan angkat ataupun haiwan peliharaan. Ini kerana, ada sikap sesetengah orang suka membuang kucing sedangkan kucing ini adalah haiwan yang harus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan perasmian penutupan Sandakan Mini Fun Cat Show 2016 di Medan Selera Tun Razak, petang kelmarin.

Juhari berkata masyarakat seharusnya mempunyai sikap prihatin dan menyayangi haiwan terutama kucing.

Beliau turut memuji inisiatif penganjur yang mengadakan pertanding­an kucing itu untuk memupuk sikap mencintai kucing tempatan.

“Biarlah kita membuang sedikit kos untuk membeli makanan kucing, yang penting kita mempunyai sikap menyayangi haiwan ini,” katanya.

Katanya usaha pihak penganjur adalah satu perbuatan murni yang perlu dicontohi oleh pihak lain untuk memastikan sikap menyayangi haiwan peliharaan terutamany­a kucing ada dalam diri setiap anggota masyarakat.

Pada majlis itu, Juhari juga melancarka­n penjamaan semula Kelab Pencinta Kucing Sandakan.

Turut hadir, isterinya Datin Zahariah Bakia, Pengerusi Penganjur Mohd Hazizul Abdul Hamid dan jawatankua­sa penganjur.

 ??  ?? (gambar kanan) JAWATANKUA­SA yang diketuai Hazizul bergambar bersama Juhari dan isteri.
(gambar kanan) JAWATANKUA­SA yang diketuai Hazizul bergambar bersama Juhari dan isteri.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang Best of the Best Local Cat kepada seorang pemilik kucing.
JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang Best of the Best Local Cat kepada seorang pemilik kucing.
 ??  ?? JUHARI melancarka­n penjamaan semula Kelab Pencinta Kucing Sandakan sambil diperhatik­an Hazizul.
JUHARI melancarka­n penjamaan semula Kelab Pencinta Kucing Sandakan sambil diperhatik­an Hazizul.
 ??  ?? ZAHARIAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemilik kucing yang menang.
ZAHARIAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemilik kucing yang menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia