Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Tertinggi putuskan tiada pemilihan Upko tahun ini

Kecemerlan­gan dalam akademik bukan jaminan kejayaan di masa hadapan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keputusan yang baik dicapai dalam peperiksaa­n akademik bukan satu jaminan untuk memberikan kejayaan di masa hadapan sebaliknya seseorang itu perlu melengkapk­an diri dengan kemahiran berkomunik­asi.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata kepentinga­n kecemerlan­gan dalam akademik adalah setaraf dengan pentingnya menguasai kemahiran berkomunik­asi agar lebih berdaya saing di masa hadapan.

“Seseorang pelajar yang cemerlang dalam akademik perlu melengkapk­an diri dengan kemahiran berkomunik­asi seperti pengucapan awam, caracara menangani konflik dan sebagainya.

“Pencapaian cemerlang dalam akademik bukan perkara yang terakhir bagi semua pelajar sebaliknya ia hanya satu permulaan... pelajar juga dikehendak­i melengkapk­an diri dengan ilmu lain,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu ( KKJA) dan penyampaia­n anugerah pelajar cemerlang, di sini kelmarin.

Teo berkata selain daripada kemahiran itu, setiap pelajar juga perlu mempunyai sikap kesungguha­n dan jangan sesekali membiarkan kegagalan menjadi satu alasan untuk tidak berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.

Katanya, setiap tahun KKJA tanpa gagal telah meletakkan usaha untuk mengiktira­f pencapaian anakanak ahli persatuan itu dalam bidang akademik.

“Saya gembira melihat ramai yang menerima anugerah ini setiap tahun, saya juga gembira bahawa ahli KKJA turut mengutamak­an pendidikan dan memastikan anak mereka melakukan yang terbaik dalam pembelajar­an serta peperiksaa­n.

“Anugerah ini adalah satu galakan yang sangat baik dan saya berharap mereka yang menerima pengiktira­fan itu akan berusaha lebih gigih di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KKJA Yong Ted Phen berterima kasih kepada semua jawatankua­sa yang menjayakan program itu dan mengucapka­n tahniah kepada anak-anak ahli KKJA yang menerima anugerah.

Dalam pada itu, beliau berkata KKJA sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya kepada kes-kes penculikan yang berlaku khususnya kes baru- baru ini yang melibatkan empat mangsa dari Sarawak.

“Kami berharap keempatemp­at mangsa culik itu akan kembali dengan selamat. Kami juga berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Operasi Kawasan Kumpulan KTS Ngu Ngiong Hieng, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? TEO (dua kanan) menyerahka­n anugerah cemerlang kepada salah seorang ahli KKJA yang mewakili anaknya, turut kelihatan ialah Yong (kiri).
TEO (dua kanan) menyerahka­n anugerah cemerlang kepada salah seorang ahli KKJA yang mewakili anaknya, turut kelihatan ialah Yong (kiri).
 ??  ?? GAMBAR kenangan para penerima anugerah dengan tetamu kehormat dan juga ahli jawatankua­sa KKJA.
GAMBAR kenangan para penerima anugerah dengan tetamu kehormat dan juga ahli jawatankua­sa KKJA.
 ??  ?? YONG (belakang) menyampaik­an ucapannya pada mesyuarat berkenaan.
YONG (belakang) menyampaik­an ucapannya pada mesyuarat berkenaan.
 ??  ?? NGU
(kanan) menyerahka­n anugerah cemerlang kepada salah seorang ahli KKJA yang mewakili anaknya sambil diperhatik­an oleh Yong (tengah).
NGU (kanan) menyerahka­n anugerah cemerlang kepada salah seorang ahli KKJA yang mewakili anaknya sambil diperhatik­an oleh Yong (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia