Utusan Borneo (Sabah)

UPPM Merotai sokong penuh kenyataan Ketua Menteri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Unit Pembanguna­n Pemimpin Masyarakat (UPPM) Merotai menyokong penuh gesaan Ketua Menteri supaya semua pemimpin masyarakat mengutamak­an kepentinga­n komuniti setempat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Merotai Bacho Kallo ( gambar) berkata pihaknya menyambut positif saranan itu dan menyifatka­nnya perkara yang wajar dilakukan sehingga akar umbi.

“Kita berasa gembira dengan kenyataan Ketua Menteri kerana perkara ini juga bertepatan dengan usaha yang UPPM Merotai lakukan,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian semasa mengulas saranan Ketua Menteri supaya pemimpin masyarakat tidak sekadar melihat dan mendengar tetapi proaktif mendekati komuniti mereka.

Bacho berkata UPPM Merotai sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­annya menerusi pelbagai program yang sudah, sedang dan akan dijalankan.

“Kita di UPPM Merotai sentiasa mengambil pendekatan berdasarka­n keutamaan, kesesuaian dan keperluan penduduk dalam menjalanka­n pelbagai usaha dan inisiatif.

“Misalnya, pemindahan Pejabat UPPM Merotai dari bandar ke ke kawasan strategik di Taman Sejati/ Semarak membolehka­n kita berada dekat dengan komuniti kita,” katanya.

Menurutnya, lokasi pejabat mereka kini berada di kawasan tumpuan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai yang mudah dikunjungi dan dilawati orang ramai.

Beliau berkata Pejabat UPPM Merotai juga bersifat mesra rakyat dan sentiasa terbuka menerima aduan rakyat termasuk menerusi kaedah aplikasi sosial seperti Facebook.

“Kita ada menyediaka­n pegawai khas yang bertanggun­gjawab mengawal- selia aduanaduan menerusi Facebook, Whatsapp dan e-mel yang berlangsun­g 24 jam.

“Aduan- aduan yang diterima akan diperiksa setiap pagi dan direkodkan untuk perhatian pegawai-pegawai bertanggun­gjawab yang dilantik di UPPM Merotai,” katanya.

Bacho berkata UPPM Merotai sentiasa prihatin terhadap aduan masyarakat namun beliau tidak menafikan wujud kekangan untuk pihaknya dalam beberapa situasi dan perkara.

“Kadang- kadang ada perkara tertentu yang berada di luar kapasiti kita untuk peringkat UPPM tangani khususnya isu-isu berkaitan polisi atau dasar Kerajaan Persekutua­n.

“Namun untuk aduan yang bertepatan dengan kapasiti kita atau Kerajaan Negeri, kita sememangny­a sentiasa berusaha membantu masyarakat menyelesai­kan masalah dihadapi.

“Kita mengambil tindakan mengikut keutamaan, dan kita berusaha mencari jalan penyelesai­an dengan menghubung­i pihak-pihak berkaitan untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata perkara itu termasukla­h berkaitan soal pengagihan peruntukan mengikut keutamaan seperti mewujudkan transforma­si pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar.

Antaranya, mewujudkan gabungan guru- guru besar sekolah rendah, penyediaan insentif bantuan pendidikan, meningkatk­an fasiliti sekolah, projektor, komputer riba, kelas tuisyen dan sebagainya.

“Kita turut menumpukan pembanguna­n ekonomi yang memfokuska­n kepada koperasi melibatkan penyertaan belia, kaum wanita, ibu tunggal dan penerima e-Kasih,” katanya.

Dalam tempoh terdekat, Bacho berkata UPPM Merotai merancang mengembang­kan lagi penyertaan komuniti di dalam pengembang­an ekonomi masyarakat setempat.

Terdahulu, Ketua Menteri meminta pemimpin masyarakat mengambil inisiatif dan responsif terhadap komuniti mereka untuk membolehka­n kerajaan menjalanka­n pembanguna­n bersesuaia­n di sesebuah kawasan.

 ??  ?? ZIARAH: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid mengadakan Ziarah Sayang dengan melawat rakyat yang uzur dan tidak sihat. Beliau yang ditemani ahli jawatankua­sa Wanita Umno Sepanggar menghulurk­an sumbangan wang...
ZIARAH: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid mengadakan Ziarah Sayang dengan melawat rakyat yang uzur dan tidak sihat. Beliau yang ditemani ahli jawatankua­sa Wanita Umno Sepanggar menghulurk­an sumbangan wang...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia