Utusan Borneo (Sabah)

Hafazan al-Quran dalam kalangan wanita turut diberi keutamaaan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Kerajaan melakukan usaha bagi memastikan pembanguna­n hafazan al- Quran dalam kalangan wanita terus berkembang menerusi penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Sabah (MTNS).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ariffin Mohd Arif berkata MTNS yang bakal berpindah ke Membakut tahun ini turut menawarkan diploma dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

“Bukan itu saja, pihak kita juga telah menubuhkan Sekolah Rendah Integrasi ( SRI) di Sekolah Agama Negeri (SAN) Daerah Putatan pada tahun lalu yang turut menyediaka­n pembelajar­an dalam agama dan kurikulum sekolah awam.

“Sekolah pertama seumpamany­a di Sabah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada murid lelaki dan perempuan untuk mendalami sekaligus keduadua bidang pendidikan ini untuk melahirkan lebih ramai celik agama dalam kalangan generasi baru.

“Sekolah sama akan diwujudkan di daerah utama lainnya secara berperingk­at bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kem Bahasa Inggeris Pandu Puteri Peringkat Daerah Beaufort di Sekolah Kebangsaan (SK) Bambangan, kelmarin.

Terdahulu, Ariffin yang juga Adun Membakut menyambut baik usaha dilakukan Persatuan Pandu Puteri Negeri Sabah (PPPNS) dalam penganjura­n program sedemikian.

Jelas beliau, inisiatif yang dilakukan PPPNS itu dilihat mampu meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah sekaligus sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaa­n UPSR.

Beliau turut yakin program selama sehari yang disertai 38 ahli Tunas Pandu Puteri dari Daerah Beaufort, Membakut dan Kota Kinabalu itu dapat melahirkan lebih ramai modal insan bersahsiah.

“Sehubungan itu, saya berharap PPPNS memperluas­kan lagi program seumpama ini ke sekolah lainnya seluruh Sabah bagi memastikan kecemerlan­gan minda dalam kalangan anak-anak dapat terus dikembangk­an,” katanya.

 ??  ?? ARIFFIN terbabit. menanam pokok sebagai simbolik pelancaran taman herba di sekolah
ARIFFIN terbabit. menanam pokok sebagai simbolik pelancaran taman herba di sekolah
 ??  ?? ARIFFIN menyampaik­an hadiah kepada salah satu kumpulan yang menyertai Kem Bahasa Inggeris Pandu Puteri Peringkat Daerah Beaufort.
ARIFFIN menyampaik­an hadiah kepada salah satu kumpulan yang menyertai Kem Bahasa Inggeris Pandu Puteri Peringkat Daerah Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia