Utusan Borneo (Sabah)

Suburkan kembali mentaliti rakyat

Karnival kesihatan galak rakyat sentiasa aktif melakukan aktiviti sihat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penganjura­n karnival kesihatan mampu menjadi titik tolak dalam usaha menyuburka­n kembali mentaliti rakyat agar sentiasa aktif melakukan aktiviti kesihatan selaras dengan slogan ‘ Malaysia Cergas’.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata kerajaan melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan terus memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit berjangkit, tidak berjangkit dan gaya hidup sihat.

“Kerajaan turut menggunapa­kai pendekatan persekitar­an sejahtera yang diperkenal­kan oleh World Health Organisati­on (WHO) untuk membolehka­n sesebuah bandar, daerah atau komuniti mempunyai status kesihatan yang optimum.

“Ia antara lain bertujuan memperbaik­i taraf kesihatan masyarakat melalui perkhidmat­an yang responsif dan berteraska­n kepada pencegahan penyakit,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kesihatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu dan Makan Malam Amal ‘Dining in the dark’, di sini malam Sabtu lalu.

Yeo berkata DBKK bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu juga akan terus mempergiat kempen anti kutu sampah di semua sekolah sekitar bandaraya ini.

Katanya ia bertujuan mendidik golongan peringkat bawah umur seperti kanakkanak dan remaja tentang nilai-nilai menjaga kebersihan persekitar­an.

“Persekitar­an yang bersih dan bebas sampah secara tidak langsung membasmi penyakit bawaan vektor seperti denggi dan malaria.

“Namun, usaha menangani masalah ini bukanlah tanggungja­wab Kementeria­n Kesihatan Malaysia sematamata tetapi perlu dipikul bersama oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Pada masa sama, Kolej Unitar- Sidma turut menganjurk­an program Makan Malam Amal Dining in the dark yang menjadi salah satu aktiviti tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) bagi kolej terbabit yang turut mendapat kerjasama daripada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia cawangan Sabah (MOTAC).

Program berkenaan dilaksanak­an bagi mengumpul dana amal untuk disumbangk­an kepada Persatuan Orang-Orang Buta Sabah menerusi jualan makanan yang disediakan dengan menggunaka­n kupon.

Hadir sama, Pengarah MOTAC Awang Zaki Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Kesihatan Negeri Sabah Joisin Cantor yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, dan Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr Jiloris @Julian Frederick Dony.

 ??  ?? YEO melakukan gimik pelancaran program Makan Malam Amal Dining in the dark.
YEO melakukan gimik pelancaran program Makan Malam Amal Dining in the dark.
 ??  ?? JILORIS (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yeo (dua kanan) pada Karnival Kesihatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.
JILORIS (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yeo (dua kanan) pada Karnival Kesihatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia