Utusan Borneo (Sabah)

Keamanan dan persahabat­an pemangkin ekonomi negara

-

KOTA BELUD: Keamanan dan persahabat­an adalah pemangkin kepada pemantapan pertumbuha­n ekonomi negara menjelang 2020, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli.

Beliau berkata apabila negara aman akan wujudlah persahabat­an baik, maka di situlah bermulanya landasan menjalinka­n persefaham­an persahabat­an bagaimana meningkatk­an perniagaan dengan masyarakat atau kaum lain.

Katanya tema Pesta Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Keamanan dan Persahabat­an’ adalah padat dan tepat, dan diharap akan memberi sumbangan besar kepada penggalaka­n perpaduan harmoni pelbagai budaya dan kepelbagai­an kaum serta menggalak agrobudaya dan pelanconga­n ekologi di peringkat daerah, negeri dan negara.

“Kerajaan komited untuk meningkatk­an sosio ekonomi komuniti di negeri ini sebagai aspirasi rakyat untuk melahirkan sebanyak mungkin usahawan bumiputera termasuk dari kalangan masyarakat luar bandar.

“Oleh itu, saya menggesa masyarakat di mukim ini supaya sentiasa peka dan turut serta merebut peluang dalam apa jua program atau seminar anjuran kerajaan supaya penduduk di sini akan maklum mengenai pelbagai peluang yang ditawarkan, terutama bantuan untuk lebih memajukan perniagaan kecil dan sederhana yang diusahakan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Dudar, di sini Sabtu lalu.

Turut hadir, Ketua Bahagian PBS Tempasuk Datuk Almudin Kaida dan Presiden Tobilung Bersatu Sabah (Tobisa) Muji Ampau.

Musbah yang juga anak watan Kota Belud yakin pesta itu diadakan untuk memberi nafas baharu kepada semangat pelbagai budaya di daerah ini untuk menilai semula, menghargai kasi sayang dan menyebarlu­askan nilai-nilai murni warisan kebudayaan masyarakat tempatan.

Sementara itu, pelbagai acara dijalankan sempena Pesta Kaamatan itu seperti Unduk Ngadau, Persembaha­n Kebudayaan, Cabutan Tiket Bertuah dan Sugandoi.

Manakala, Shane Simbun, 11, dari Kampung Dudar diumumkan Ratu Fesyen Kanak- kanak, disusuli di tempat kedua dan ketiga oleh Shelrisca Domin, 11, dari Kampung Sarang dan Nalnisah Lades, 12, juga dari Kampung Dudar.

 ??  ?? MUSBAH (kiri) merakam gambar bersama Ratu Fesyen Kanak-kanak, Shane Simbun (tengah) Shelrisca Domin (kiri) dan Nalsisha Lados (kanan).
MUSBAH (kiri) merakam gambar bersama Ratu Fesyen Kanak-kanak, Shane Simbun (tengah) Shelrisca Domin (kiri) dan Nalsisha Lados (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia