Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan menjatuhka­n Perdana Menteri tidak akan berhenti

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kumpulan penentang dalam Umno dalam gerakan menjatuhka­n Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak akan berhenti selagi Najib tidak tersingkir daripada jawatan pemimpin nombor negara itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata penentang Najib akan meneruskan gerakan kempen mereka untuk menyingkir­kan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Kumpulan penentang ini akan terus membangkit­kan perasaan marah rakyat terutamany­a kepada ahli Umno dengan membawa isu yang telah diperjelas­kan oleh pihak berwajib, termasukla­h isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

“Sebenarnya, kedua-dua isu itu telah dijelaskan banyak kali tetapi mereka sengaja menyangkal kenyataan daripada pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata mereka telah memprogram­kan fikiran dengan menyatakan mereka sahaja yang benar dan semua yang lain adalah salah.

Bung yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an meminta pemimpin di peringkat bahagian dan ahli Umno supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak kumpulan penentang Umno dan juga pembangkan­g yang memainkan isu berkenaan.

“Kita dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu merapatkan barisan dan jalinan kerjasama agar parti BN terus kukuh,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatang­an itu juga mahu semua pemimpin Umno dan BN melaksanak­an tanggungja­wab dalam membantu rakyat dan terus bekerja demi kepentinga­n parti dan rakyat.

Bung yang juga pengerusi penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an berkata BN akan terus berusaha membawa pembanguna­n demi kepentinga­n rakyat.

“Sudah banyak projek pembanguna­n dibawa oleh kerajaan BN terutamany­a di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata rakyat dahulunya tidak mempunyai jaringan jalan raya yang baik tetapi hari ini memiliki jalan raya berturap sebagai penghubung utama.

“Pelbagai lagi projek dibawa seperti membina dewan, rumah ibadat, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Perumahan Rakyat (PPR), bekalan elektrik luar bandar, bekalan air bersih, dan sebagainya.

“Bukan sahaja projek pembanguna­n, tetapi pelbagai bantuan disalurkan untuk rakyat berpendapa­tan rendah. Ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaika­n rakyat di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? BUNG
BUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia