Utusan Borneo (Sabah)

PRN Sarawak: bertanggun­gjawab, prihatin dan mudah didekati, antara kriteria pengundi muda

-

KUCHING: Bertanggun­gjawab, prihatin dan mudah didekati adalah antara kriteria calon anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menjadi pilihan pengundi muda negeri ini.

Bagi pembantu guru, Sharifah Hafizah Wan Saadi, 30, kebolehan calon melaksanak­an tanggungja­wab sebagai wakil rakyat menjadi ukuran utama baginya yang akan mengundi di kawasan DUN Kota Sentiasa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada Sabtu ini.

Beliau merupakan antara 368,944 pengundi muda berumur bawah 40 tahun yang layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

“Mungkin orang lain melihat pembawaan diri seseorang calon tapi saya melihat kredibilit­inya,” katanya kepada Bernama.

Baginya, calon yang dipilih mestilah juga mendengar suara anak muda sepertinya, selain boleh dibawa berbincang dan sentiasa bersedia turun padang, serta mempunyai keupayaan untuk membuka peluang kepada belia memajukan diri mereka.

Bagi penjawat awam Ray Henen Gaeng, 27, yang akan mengundi di DUN Serembu pula antara pilihannya adalah calon yang beretika dan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat.

“Janganlah tunjuk baik hanya pada waktu pilihan raya sahaja,” katanya yang turut menegaskan bahawa faktor usia calon tidak menjadi ukuran baginya.

Ray berkata sejak penamaan calon pada Isnin lepas, beliau telah didekati oleh beberapa calon pilihan raya di kawasannya, namun beliau telah menetapkan kriteria pilihannya.

Juruperund­ing Julia Empari, 26, yang akan mengundi di DUN Mambong berkata calonnya, tanpa mengira parti mana, “mesti berani bersuara untuk kepentinga­n rakyat, bukan hanya mengangguk dan ikut arahan orang atasan semata-mata.”

Beliau berkata maklumat yang diperoleh daripada media sosial turut mempengaru­hinya dalam menilai seseorang calon yang bertanding.

“Calon-calon ini tidak boleh menafikan pentingnya peranan media sosial dalam mempromosi­kan diri mereka semasa berkempen,” katanya.

Penganalis­is politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata hasil Kajian Majlis Profesor Negara turut memperliha­tkan faktor keperibadi­an calon, kelayakan dan kemampuann­ya antara perkara yang dianggap penting oleh pengundi muda, baik di bandar mahupun di luar bandar.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu, berkata mereka amat pentingkan calon yang mampu menunaikan janji, memahami aspirasi golongan muda dan menyampaik­an apa sahaja keperluan rakyat.

Selain mampu “menyusun rancangan dan seterusnya­melaksanak­anprojekya­ngmemanfaa­tkan rakyat, katanya yang turut bersetuju personalit­i yang dimiliki oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah menjadi tanda aras yang diletakkan oleh pengundi muda.

Berdasarka­n pemerhatia­nnya, pesonaliti Adenan yang memikat termasuk gaya santainya dan kekerapann­ya turun padang, akan turut membantu menarik pengundi muda kepada BN.

Selain itu, Jeniri berkata media sosial yang dijadikan landasan kepada Adenan mendekati dan memahami aspirasi golongan muda juga ternyata berkesan untuk membolehka­n pemimpin nombor satu Sarawak ini memperoleh input-input bernas daripada golongan itu.

“Kita bercakap berdasarka­n fakta dan bukannya persepsi. Saya pernah memantau akaun Facebook Adenan selama satu malam dan dalam satu catatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia