Utusan Borneo (Sabah)

Penjenayah asing jadikan hutan bukit antrabangs­a markas aktiviti pecah rumah

-

KUALA LUMPUR: Cerita- cerita seram yang dikaitkan dengan Highland Towers menimbulka­n rasa gerun kepada orang ramai, namun keadaan kawasan hutan yang sunyi di belakang kondominum itu, memberi peluang kepada penjenayah warga asing untuk menjadikan ia sebagai markas persembuny­ian.

Highland Towers yang terletak di Bukit Antarabang­sa itu pernah mengorbank­an 48 nyawa apabila satu daripada tiga bloknya runtuh pada 1993.

Markas penjenayah berkenaan merupakan dua pondok kecil diperbuat daripada kayu dan kanvas dipercayai dibina sebagai tempat berteduh dan tempat untuk merancang kegiatan jenayah pecah rumah.

Mereka menyasarka­n kegiatan pecah rumah terhadap kediaman golongan elit dan kaya di sekitar kawasan Bukit Antarabang­sa dan taman berdekatan termasuk Taman Hillview, Taman Sri Ukay, Villa Sri Ukay, Tropicana Villa, Taman Bukit Utama dan Taman Puncak Bukit Utama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya membongkar markas terbabit yang terletak kira-kira 2km dari kondominiu­m terbiar itu.

Beliau juga mendedahka­n serbuan ke atas markas tersebut pada Mac lepas berjaya membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing, berusia lingkungan 50 tahun, yang dilihat mengawasi markas berkenaan.

Siasatan polis mendapati markas penjenayah itu lengkap dengan sumber makanan, tempat tidur dan dapur sebagai pelengkap untuk mereka menetap di situ.

Berikutan itu, polis turut menemui beberapa bilah parang, barang kemas dan beberapa barang rompakan lain yang ditanam di sekitar kawasan markas tersebut bagi mengelak daripada dikesan.

“Mereka dipercayai mengumpul hasil harta rompakan sehingga mencapai nilai tertentu sebelum mengagihka­n kepada anggota kumpulan mereka,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Hamzah berkata mondus penjenayah berkenaan ialah meninggalk­an markas itu buat sementara waktu sebelum mengulangi perlakuan jenayah pecah rumah.

Para penjenayah itu dipercayai mengamalka­n sihir dan akan meninggalk­an najis dan memakan makanan di rumah mangsa yang dirompak sebagai amalan untuk menguatkan ilmu mereka, katanya.

Penemuan markas berkenaan telah membawa polis untuk menjejaki sekumpulan enam penjenayah dengan tiga daripada mereka ditembak mati di Highland Towers pada 12 April.

“Sebenarnya kejadian tembak yang berlaku tempoh hari adalah lanjutan daripada operasi yang dilancarka­n berikutan terjumpany­a markas persembuny­ian di dalam hutan itu,” katanya menambah tiga lagi anggota sindiket berjaya meloloskan diri daripada serbuan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia