Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pertimbang laksana Sistem Insurans Pekerja: Najib

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimb­angkan pelaksanaa­n Sistem Insurans Pekerja ( SIP) untuk menambah baik perlindung­an sosial pekerja dan memudah cara pihak majikan menjalanka­n perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara tersebut sedang dirumus secara terperinci melalui perbincang­an dengan pihak majikan, pekerja serta pihak berkaitan.

“Sistem Insurans Pekerja kita sedang rumus butirannya, tetapi ia merupakan perkongsia­n antara tanggungja­wab majikan dan pekerja, butirannya akan diumum selepas selesai proses pertemuan dengan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 yang bertemakan ‘ Pekerja Berkemahir­an Penggerak Ekonomi’ di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Terdahulu, ketika berucap Najib berkata SIP bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhenti­kan dengan menampung perbelanja­an mereka dalam tempoh mencari pekerjaan selepas diberhenti­kan, sekaligus mengurangk­an kesusahan dan kemiskinan akibat kehilangan pendapatan.

Menurutnya SIP juga menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling pekerjaan bagi meningkatk­an peluang untuk pekerja yang diberhenti­kan ini mendapat pekerjaan yang sesuai.

Najib berkata bagi majikan pula, latihan semula yang disediakan melalui SIP dapat meningkatk­an kemahiran pekerja serta memudahkan pihak majikan menggaji pekerja yang mempunyai set kemahiran yang sesuai.

“SIP memberi ruang kepada majikan untuk menyesuaik­an organisasi mereka dengan sebarang perubahan teknologi dan struktur perniagaan serta mengurangk­an tekanan akibat kebankrapa­n atau pengecilan operasi,” katanya.

Menurutnya risiko konflik akibat pemberhent­ian kerja dapat dikurangka­n kerana SIP akan memberi perlindung­an kepada pekerja.

Beliau berkata pelaksanaa­n SIP merupakan antara ciri terpenting dalam mewujudkan dasar pasaran buruh aktif ( ALMP) di Malaysia.

“Ketersedia­an program perlindung­an sosial yang proaktif bagi membantu warga pekerja dan pihak majikan mendepani cabaran ekonomi dunia bukan lagi satu pilihan, tapi satu kemestian,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia