Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno perlu lebih proaktif tangani fitnah:Adnan

-

KUANTAN:Anggota Umno perlu lebih proaktif dalam menangani dan menjawab fitnah yang dilemparka­n kepada parti dan pemimpin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata jawapan segera kepada tohmahan itu perlu, agar rakyat tidak keliru, lebih-lebih bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

“PRU tidak lama lagi. Sama ada kita akan terus memerintah adalah terpulang kepada rakyat. Jadi kita kena bantu pemimpin parti dan presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam memenangi hati rakyat.

“Zaman teknologi maklumat ini fitnah terlalu banyak. Masalah kita ialah tidak menjawab dengan cepat...biar fitnah berpanjang­an baharu jawab. Bila tidak jawab segera akan menimbulka­n lebih banyak cerita tidak betul,” katanya.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Pahang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaia­n Hadiah Sempena Karnival Sukan Umno negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam Sabtu.

Beliau turut mengingatk­an semua wakil rakyat dan ketua bahagian untuk bekerjasam­a termasuk berkongsi peruntukan yang diagihkan bagi menjaga kebajikan rakyat serta membantu menjimatka­n perbelanja­an parti.

Mengulas mengenai karnival sukan itu, Adnan mnyifatkan­nya sebagai platform mengukuhka­n ukhuwah antara 14 Bahagian Umno seluruh negeri selain menambah bilangan anggota dengan pendaftara­n baharu 3,515 anggota sepanjang karnival bermula 28 April lalu.

Sebanyak lapan acara dipertandi­ngan iaitu ping pong, bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, sepak takraw, futsal dan bowling.

Pemenang akan mewakili Pahang pada Karnival Sukan Umno 2016, Mei ini.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia