Utusan Borneo (Sabah)

Bomba Terengganu giat padam kebakaran hutan di Setiu, Dungun

-

DUNGUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu masih giat memadamkan kebakaran membabitka­n kirakira empat hektar kawasan hutan gambut dan belukar di Dungun dan Setiu.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Rozizah Abni Hajar berkata kebakaran yang dikesan sejak Rabu lalu itu melibatkan hutan Pengkalan Jering, di Dungun dan hutan Bukit Layat, di Setiu.

Katanya, bagi kebakaran di Dungun membabitka­n keluasan kira- kira tujuh hektar dan setakat ini masih berbaki 3.5 hektar.

“Sementara itu, bagi kebakaran belukar di Setiu, tiga hektar kawasan hutan musnah dalam kebakaran dan usaha memadamkan kira-kira satuhektar­kawasanber­kenaan masih giat dijalankan.

“Kita menjangkak­an kawasan hutan di Setiu itu dapatdikaw­aldandipad­amkan sepenuhnya hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, bagi Dungun, usaha memadam kebakaran mungkin mengambil masa kira-kira tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca dan punca air.

Sebelum ini, kira-kira 200 hektar kawasan hutan dan belukar di negeri ini musnah akibat kebakaran dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini akibat fenomena ElNino yang melanda negara.

Sepanjang tempoh berkenaan juga, lebih 900 panggilan kecemasan melibatkan kebakaran hutan dan belukar direkodkan.

Rozizah berkata cuaca panas dan kering menyebabka­n sesuatu kawasan seperti ladang, belukar dan hutan mudah terdedah kepada risiko kebakaran.

Justeru, beliau mengingatk­an orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk aktiviti pertanian dan membakar sampah sepanjang musim kemarau ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia