Utusan Borneo (Sabah)

Tukang jahit Hindu pula ditetak mati di Bangladesh

-

Tiga penyerang yang menunggang motosikal memecut ke sebuah kedai tukang jahit warga Bangladesh kelmarin, mengheret keluar pemiliknya yang beragama Hindu dan menetaknya sehingga mati, kata polis, dalam satu serangan yang diakui dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

Pegawai polis Abdul Jalil, yang memetik saksi, berkata penyerang lari dari tempat kejadian selepas membunuh Nikhil Chandra Joardar, 50 tahun, di luar kedainya di bandar Tangail, 80 kilometer ke barat laut ibu negara Dhaka.

Anggota militan IS mengakui bertanggun­gjawab atas pembunuhan itu kerana menurutnya mangsa telah menghina Nabi Muhammad, kata perkhidmat­an memantau yang berpangkal­an di Amerika Syarikat SITE.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas seorang aktivis hak golongan homoseks warga Bangladesh dan rakannya dibunuh dalam keadaan yang sama dalam sebuah pangsapuri di Dhaka.

Anggota militan agama telah menyerang pekerja bantuan asing, penganut agama minoriti, ahli akademik dan penulis blog ateis dalam beberapa pembunuhan yang bermula pada Februari 2015 dan sudah meragut sekurangku­rangnya 20 nyawa.

Kumpulan hak asasi manusia antarabang­sa berkata iklim tidak toleran dalam politik Bangladesh telah mendorong dan menyediaka­n perlindung­an bagi dalang jenayah kebencian agama.

Polis berkata mereka sedang menyiasat sama ada pembunuhan Joardar ada kaitan dengan aduan yang dibuat terhadapny­a kerana membuat kenyataan yang menghina Nabi Muhammad.

Dia berada di dalam penjara selama beberapa minggu pada 2012 tetapi dibebaskan selepas aduan terhadapny­a ditarik balik, kata Jalil.

IS dan sebuah kumpulan yang bersekutu dengan AlQaeda sudah mengeluark­an pengakuan bertanggun­gjawab yang sama pada masa lalu, tetapi ketulenan kenyataan kelmarin tidak dapat disahkan segera.

Tiga orang, termasuk ketua parti Islam tempatan, telah ditahan untuk disoal siasat, kata polis semalam.

Kerajaan Bangladesh menafikan IS atau Al-Qaeda ada di negara yang mempunyai 160 juta penduduk itu. Polis berkata kumpulan militan tempatan mendalangi serangan tersebut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia