Utusan Borneo (Sabah)

Bom kereta sasar polis tenggara Turki

Militan Kurdis lancar serangan di Nusaybin, protes dikekang di Istanbul

-

GAZIANTEP: Seorang pegawai polis maut dan 13 orang, termasuk sembilan pegawia polis cedera dalam serangan bom kereta di ibu pejabat polis di Gaziantep, salah satu daripada dua serangan yang dilancarka­n semalam, menurut sumber keselamata­n dan gabenor wilayah.

Rakaman daripada badan penyiaran CNN Turk menunjukka­n serpihan bangkai kenderaean dekat pintu pagar ibu pejabat polis di sebatang jalan utama di bandar tenggara itu yang turut menempatka­n beberapa bangunan kerajaan wilayah.

Beberapa buah ambulans dan jentera bomba turut berada di lokasi letupan yang menurut koresponde­n badan penyiaran itu turut dirasai di seluruh bandar.

Tingkap beberapa bangunan berhampira­n juga pecah.

Bunyi tembakan kedengaran ketika letupan dan kereta kedua dilaporkan telah memecut pergi dari tempat kejadian, tambah koresponde­n CNN Turk, dalam kejadian yang setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab.

Sementara itu di Istanbul, anggota polis antirusuha­n melepaskan gas pemedih mata ketika pertempura­n tercetus semalam dengan puluhan penunjuk perasaan, di mana beratus-ratus orang cuba berarak ke dataran utama Taksim di mana sambutan Hari Pekerja tidak dibenarkan.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat dibawa masuk ke dalam bas polis, menurut rakaman CNN Turk.

Pihak berkuasa telah bersetuju dengan beberapa kesatuan untuk menyambut hari tersebut di satu tempat khusus di daerah Bakirkoy dekat lapangan terbang.

Wilayah Gaziantep, dekat sempadan dengan wilayah Syria yang dikawal Islamic State ( IS), menempatka­n sejumlah besar pelarian Syria dan sejak beberapa bulan lalu beberapa operasi polis telah dilancarka­n ke atas tempat persembuny­ian suspek militan IS di sana.

Juga semalam, beberapa ratus kilometer ke timur di sepanjang sempadan yang sama di bandar Nusaybin, tiga askar Turki mati dan 14 lagi cedera dalam serangan bersenjata yang dilancarka­n militan Kurdis semasa operasi ketenteraa­n, menurut kenyataan tentera.

Gelombang pengeboman nekad tahun ini, termasuk dua di bandar utamanya Istanbul, didakwa didalangi IS manakala dua kejadian di ibu negara Ankara telah dituntut oleh kumpulan militan Kurdis.

Pada minggu lepas, seorang wanita meletupkan diri dekat masjid di sebatang jalan utama di bandar keempat terbesar Bursa, menyebabka­n lapan orang cedera.

Selain daripada militan IS dan pemberonta­k pemisah Kurdis, turut mengganas di Turki adalah kumpulan kiri radikal yang menyasari anggota polis dan pasukan keselamata­n. — Reuters

 ??  ?? PAKAR forensik polis memeriksa tempat kejadian selepas sebuah kereta meletup di depan ibu pejabat polis perbandara­n di Gaziantep, tenggara Turki semalam. — Gambar Reuters
PAKAR forensik polis memeriksa tempat kejadian selepas sebuah kereta meletup di depan ibu pejabat polis perbandara­n di Gaziantep, tenggara Turki semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia