Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama pusat, negeri bawa pembanguna­n: PM

Rakyat akan tentukan masa depan Sarawak pada PRN, pastikan agenda pembanguna­n terus dilaksana

- DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

Sarawak juga memerlukan tempoh masa tertentu sejajar dengan negeri lebih maju. Saya akan pastikan Sarawak lebih maju dan makmur di bawah BN.

MATU: Rakyat di negeri Sarawak yang akan menentukan masa depan Bumi Kenyalang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini untuk memastikan agenda pembanguna­n secara berterusan dapat dilaksanak­an, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Barisan Nasional (BN) telah menerajui kepimpinan negara kita sejak dulu lagi. Sarawak merupakan sebuah negeri yang masih memerlukan sokongan kerajaan pusat dan kerjasama kerajaan negeri bagi memastikan agenda pembanguna­n dapat dilaksana.

“Sarawak juga memerlukan tempoh masa tertentu sejajar dengan negeri lebih maju. Saya akan pastikan Sarawak lebih maju dan makmur di bawah BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Tian, Matu, pada Sabtu.

Najib berkata, beliau mempunyai impian supaya Sarawak seimbang pembanguna­nnya dengan dengan negeri- negeri lain di Malaysia seperti negeri pantai barat di Semenanjun­g Malaysia.

“Sebab itu, kita laksanakan Lebuh Raya Pan Borneo dengan pelaburan sebanyak RM16 bilion. Saya juga sebagai perdana menteri paling kerap melawat negeri Sarawak sebanyak 51 kali.

“Saya telah meluluskan peruntukan lebih RM3 bilion pada program tinjauan mesra di Sarawak,” katanya

Najib turut mengajak rakyat di negeri ini menolak campur tangan orang asing dalam politik negara.

“Pilihan raya ini penting. Kita perlu tunjuk kepada dunia luar jangan ada campur tangan orang asing dalam politik negara. Politik negara kita adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia.

“Orang luar tiada hak. Kita bakal tentukan takdir kita. Kalau mereka campur tangan, porak-peranda negara kita,” tegasnya.

Pada majlis sama, Najib telah bersetuju meluluskan peruntukan permohonan calon BN kerusi Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya untuk pembanguna­n semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu bagi mencari tapak kerana kawasan sekolah kerap banjir.

Perdana Menteri juga bersetuju meluluskan peruntukan permohonan calon BN kerusi Daro, Safiee Ahmad untuk pembinaan dewan masyarakat.

Najib melahirkan rasa yakin dua calon BN di kerusi Jemoreng dan Daro dapat memperoleh kemenangan dalam PRN pada 7 Mei ini.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat ke Pasar Tani Matu dan mencuba umai, makanan tradisiona­l masyarakat Melanau.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dollah.

 ??  ?? NAJIB memberi tanda bagus selepas merasai umai sambil diperhatik­an oleh Juanda (dua kanan).
NAJIB memberi tanda bagus selepas merasai umai sambil diperhatik­an oleh Juanda (dua kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia