Utusan Borneo (Sabah)

Medan Niaga Satok wajar diangkat sebagai ikon pelanconga­n, kata Nazri

-

KUCHING:Medan Niaga Satok (MNS) yang terletak di konstituen­si Tupong di sini wajar diangkat sebagai ikon pelanconga­n.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata terdapat kumpulan peniaga dan pengusaha berbilang kaum berniaga di MNS yang menjadikan medan jualan itu sebagai tempat pertemuan menjual pelbagai rangkaian produk.

“Sudah tentu MNS wajar diangkat sebagai ikon pelanconga­n kerana apa yang saya saksikan di sini ada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Melayu, Cina dan banyak lagi, jadi saya sifatkan di sini merupakan tempat rakyat negeri ini khususnya penduduk Kuching berjumpa.

“Apa yang lebih baik ialah apabila kita datang membeli-belah di sini kita tidak melihat bangsa peniaga menjual barangan kepada kita dan langsung tidak wujud isu perkauman dan sebagainya.

“Cuma apa yang penting ialah perkhidmat­an baik, harga berpatutan dan mutu barang yang dijual baik,” katanya ditemui media ketika mengadakan program sembang santai di Medan Niaga Satok dan Kubah Ria di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof serta calon BN- PBB DUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Jelasnya, MNS disifatkan sebagai ikonik produk boleh ditambah mutu agar kelihatan lebih menarik bagi menarik tumpuan pelancong datang ke sini dan melihat apa yang ditawarkan di sini.

Dalam perkembang­an sama, MNS menunjukka­n mekanisme pembaharua­n yang berbeza berbanding tiga tahun dahulu ketika beliau dalam lawatannya ke medan itu pada 2013.

 ??  ?? NAZRI sambil diiringi Fadillah mengadakan lawatan ke Medan Niaga Satok, Kuching.
NAZRI sambil diiringi Fadillah mengadakan lawatan ke Medan Niaga Satok, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia