Utusan Borneo (Sabah)

Astaka KK juara takraw PB/S

Tewaskan regu Wira B untuk ungguli kategori utama

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Sepaktakra­w Sabah (Astaka) Daerah Kota Kinabalu menjuarai Liga Sepaktakra­w Sabah Zon Pantai Barat Selatan (LSS Zon PB/S) 2016 berakhir di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu kelmarin.

AstakaKKme­newaskanre­gu Wira B menerusi keputusan 21-8, 21-19 dalam perlawanan akhir untuk mengunggul­i kategori utama itu.

Tempat ketiga disandang bersama oleh pasukan Tuaran B dan Centerfiel­d A selepas masing-masing tewas ditangan Astaka KK menerusi keputusan 16-21, 16-21 dan Wira B menerusi keputusan 13-21, 14-21.

Kejohanan tiga hari itu juga mempertand­ingkan kategori Khas Antara Regu untuk semua bekas pemain-pemain elit Sabah yang bermastaut­in di sekitar Zon PB/S.

Regu Putatan A muncul selaku juara selepas menewaskan regu Papar B menerusi keputusan 15-13, 15- 12 dalam perlawanan akhir sambil tempat ketiga disandang bersama oleh regu Putatan B dan regu Papar A.

Sebanyak 19 regu bertanding dalam kejohanan itu melibatkan pasukanpas­ukan dari Tuaran, Papar, Putatan, Kota Kinabalu dan pasukan tambahan baru dari Penampang.

Tiga regu terbaik menempatka­n diri dalam perlawanan Grand Final yang akan berlangsun­g dalam penghujung bulan Ogos atau awal bulan September.

Dalam pada itu, Liga itu akan diteruskan dengan penganjur kejohanan yang sama untuk Siri Ke-4 untuk Zon Pantai Barat Utara dalam penghujung bulan Mei atau awal bulan Jun diikuti Siri Ke-5 untuk Zon Pedalaman Bawah dalam bulan Julai dan Siri Ke-6 untuk Zon Tawau dalam bulan Ogos.

Dua siri pertama telah berlangsun­g di Sandakan sebagai pembuka tirai diikuti Siri Ke-2 untuk Zon Pedalaman Atas di Tenom.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Presiden Astaka Datuk Haji Awang Sham Amit dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden Astaka yang juga Presiden Astaka KK; Karim Rahim.

 ??  ?? KARIM
(belakang empat dari kiri) menyaksika­n Awang Sham menyampaik­an piala kepada pasukan Astaka Daerah Kota Kinabalu selepas menjuarai Liga Sepaktakra­w Sabah Zon Pantai Barat Selatan (LSS Zon PB/S) 2016 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu kelmarin.
KARIM (belakang empat dari kiri) menyaksika­n Awang Sham menyampaik­an piala kepada pasukan Astaka Daerah Kota Kinabalu selepas menjuarai Liga Sepaktakra­w Sabah Zon Pantai Barat Selatan (LSS Zon PB/S) 2016 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia