Utusan Borneo (Sabah)

Welbeck pastikan penyokong kembali bersatu

-

LONDON, England: Satu gol pantas oleh pemain gantian, Danny Welbeck, menyatukan penyokong ketika Arsenal menewaskan Norwich City 1-0, sekali gus meneruskan impian memburu empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Beberapa penyokong kelab yang membantah pengurus Arsenal, Arsene Wenger, ditenggela­mi oleh penyokong yang setia dengan beliau sebelum gol Welbeck pada minit ke-59 memastikan kemenangan dan mengekalka­n Norwich dalam zon penyingkir­an.

Arsenal kini mempunyai kelebihan lapan mata dari pasukan di bawahnya dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara, menjelang perlawanan penting menentang Manchester City selepas ini.

Manchester City hanya ketinggala­n tiga mata di belakang Arsenal sebelum perlawanan lewat menentang Southampto­n.

“Kami kekurangan kepantasan dan rentak. Permainan kami bagaimanap­un lebih baik dalam separuh masa kedua dan pada akhirnya, kami mencapai satu kemenangan yang baik,” kata Wenger.

Mengenai bantahan beberapa penyokong, beliau menambah: “Kami menghormat­i pandangan semua orang dan kami memberikan yang terbaik kepada kelab.

“Saya fikir saya sudah menunjukka­n komitmen kepada kelab dan penyokong. Saya minta maaf jika saya tidak dapat menggembir­akan mereka semua. Kami akan terus bekerjaker­as untuk mencapainy­a.”

Pada satu bantahan yang sudah dirancang awal di Stadium Emirates, beberapa penyokong membawa poster bertulis ‘MASA UNTUK PERUBAHAN’ pada minit ke-12 permainan, merujuk kepada 12 tahun tanpa kejuaraan liga buat Arsenal.

Sebagai tindak balas, ribuan penyokong kelab yang lain menyanyika­n lagu “Hanya ada seorang Arsene Wenger” dengan beberapa penyokong memegang poster menyokong pengurus dari Perancis yang sudah membimbing kelab sejak 1996.

Bagaimanap­un, dengan Norwich mencipta peluang terbaik dalam separuh masa pertama, ada ejekan ke atas pemain ketika masa rehat.

Welbeck menggantik­an Alex Iwobi pada minit ke-56 dan ia mengundang lebih banyak ejekan tetapi kurang tiga minit kemudian, Olivier Giroud menanduk hantaran lintang Hector Bellerin ke arah Welbeck untuk merembat gol kemenangan.

Satu tendangan percuma cantik Andros Townsend membolehka­n Newcastle United menewaskan Crystal Palace 1-0 dan keluar dari zon penyingkir­an dengan menyebabka­n kelab jirannya, Sunderland jatuh ke zon penyingkir­an.

Norwich menamatkan perlawanan dengan kurang dua mata dari zon selamat tetapi dengan kurang satu perlawanan berbanding kelab di atas zon penyingkir­an, Newcastle Un-ited, yang men-ewa-skan Palace dari satu gol cantik Townsend dan Karl Darlow menyelamat­kan satu tendangan penalti Yohan Cabaye.

“Kemenangan ini sangat bermakna. Ia memberikan kami rentak, keyakinan dan hubungan dengan penyokong,” kata pengurus Newcastle, Rafael Benitez, yang menggantik­an Steve McClaren sebagai pengurus kelab bulan lepas.

“Kami masih perlu bermain dua lagi perlawanan. Kami akan menikmati hujung minggu ini kerana kami menang dan kemudian kami akan memberikan fokus kepada perlawanan menentang Aston Villa, di mana ia pastinya sukar.” -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia