Utusan Borneo (Sabah)

Pochettino masih belum mengalah

-

LONDON, England: Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino telah melakukan yang terbaik untuk mencemaska­n pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City ketika pasukannya membuat persediaan menentang Chelsea dengan menyedari takdir di luar kawalan mereka sendiri.

Dengan Leicester memerlukan kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan liga buat kali pertama dalam sejarah kelab pada perlawanan lewat menentang Manchester United, saingan kejuaraan mungkin sudah berakhir buat Spurs menjelang sepak mula di Stamford Bridge hari ini.

Satu-satu harapan buat Spurs ialah memenangi baki tiga perlawanan liga dan mengharapk­an Leicester tidak lagi mengutip lebih dari dua mata dari baki perlawanan mereka tetapi walaupun ia dilihat mustahil, Pochettino masih belum mengalah.

“Ia sukar untuk menghalang keghairaha­n yang dirasai di Leicester. Jurang tujuh mata dan dengan baki sembilan mata menjadi rebutan, ia pastinya sukar bagi kami tetapi kami perlu percaya.

“Apa yang paling penting bukan sahaja Leicester tercicir mata tetapi kami juga perlu memenangi perlawanan kami.”

Kemenangan ke atas Manchester United dan Stoke City mencadangk­an Spurs akan menyaingi Leicester untuk pecutan akhir saingan kejuaraan liga tetapi mereka hanya mampu seri 1-1 dengan West Bromwich Albion di tempat sendiri, sekali gus menjejaska­n peluang mereka.

Apa pun, Pochettino boleh berasa bersemanga­t dengan cara skuad muda beliau bersaing dengan Leicester pada musim di kelab kelab-kelab besar hilang rentak.

Kemenangan buat Leicester di Old Trafford, walaupun sukar diterima, tetap satu kepuasan buat Spurs kerana ia menjamin mereka di empat tangga teratas liga dan satu tempat ke kejohanan Liga Juara-Juara musim hadapan. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia