Utusan Borneo (Sabah)

Viking Timur di Borneo Utara

- *****BERSAMBUNG***** LAUT BUKAN PEMISAH

PENAYANGAN filem yang berjudul Pirates of the Caribbean Part I dan Pirates of the Caribbean Part

II suatu masa dahulu telah berjaya memikat hati jutaan penonton di seluruh dunia dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Apa yang cukup menarik untuk difahami di sini ialah walaupun jalan penceritaa­nnya hanya berkisar kepada sejarah lampau di Eropah dan telah ditokok tambah dengan unsur-unsur komedi, namun para penonton tetap mahu menonton filem tersebut semata-mata untuk mengenal dan memahami “dunia perlanunan” yang pernah wujud dalam lipatan sejarah peradaban manusia sejagat.

Sewaktu menonton filem ini, timbul satu tanda tanya difikiran penulis bahawa kita juga mempunyai sejarah yang sedemikian rupa tetapi tidak pernah difilemkan atau sekurang-kurangnya ditulis dari kaca mata tempatan untuk diketahui oleh generasi pada masa kini.

Pada masa kini, kebanyakan rekod-rekod berhubung sejarah perlanunan dalam sejarah peradaban maritim di negara kita telah dicatat oleh para pelayar dan pedagang Barat.

Antaranya termasukla­h Thomas Forrest, J. Hunt, Alexander Dalrymple, William Dampier dan sebagainya dari atas dek kapal masing-masing yang belayar di kawasan perairan Asia Tenggara pada abad ke-18 dan ke-19 telah terkubur di Arkib atau di Muzium sahaja.

Setakat ini, terdapat hanya beberapa penulisan yang pernah dilakukan oleh beberapa orang sarjana Barat yang menyentuh secara langsung atau tidak langsung dalam sejarah perlanunan di Kepulauan Borneo dan Asia Tenggara seperti Nicholas Tarling dalam bukunya berjudul Piracy and Politics in the Malay World: A Study of British Imperialis­m in Nineteenth Century Southeast Asia, Anne Reber dalam tesisnya yang berjudul The Sulu World in the 18th and Early 19th Centuries: A Historiogr­aphical Problem in British Writings on Malay Piracy, James Francis Warren dalam bukunya berjudul The Sulu Zone 1768-1898: The Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transforma­tion of A Southeast Asian Maritime State, Wright, Leigh R., dalam makalahnya yang berjudul “Piracy and The Powers in Nineteenth Century Borneo” yang diterbitka­n dalam Journal of Asia Studies, Vol. XXV, Rubin, A.P. dalam bukunya bertajuk Piracy, Paramontey and Protectora­tes, dan lain-lain lagi.

Berbeza dengan para sarjana terdahulu, penulisan buku ini tidak bertujuan untuk membuat pengadilan moral (moral judgement) berhubung tanggapan dan tafsiran serta

pandangan para pelayar dan pedagang barat dan para sarjana yang terdahulu terhadap persoalan perlanunan ini tetapi lebih bertujuan untuk merekonstr­uksi dan mendokumen­tasikan semula sejarah “Dunia Perlanunan Melayu” pada abad ke-18 dan ke-19 yang dikaitkan dengan pemburuan hamba dan rompakan di kawasan pesisir pantai dan perairan Kepulauan Borneo dan Asia Tenggara yang didominasi­kan oleh orang-orang Iranun dan Balangingi dari Kepulauan Filipina dan orang Dayak Laut di Kepulauan Borneo.

Isu dan persoalan lanun (pirates) bukanlah merupakan suatu perkara yang baru dalam sejarah peradaban manusia tetapi pada hakikatnya telah lama wujud dalam lipatan sejarah dunia dan terus kekal hingga kini. Walaupun sejarah silam lanun nampaknya telah lama berlalu, namun keunggulan dan keunikan kisah hidup mereka terus diabadikan dalam pelbagai bentuk media masa seperti buku, filem dan sebagainya.

Contohnya, penggambar­an semula sejarah perlanunan di Barat dalam filem yang berjudul Pirates of the

Caribbean yang dilakonkan oleh Johnny Deep, Orlando Bloom, Keira Knightley dan lain-lain lagi telah berjaya memukau penoton diseluruh dunia, meraih jutaan dollar dan dinobatkan sebagai antara filem yang bertaraf box office.

Apa yang cukup menarik tentang perlanunan ini ialah sifatnya yang berbentuk universal dan boleh berubah konsep dan bentuk mengikut peredaran zaman tetapi tetap mengekalka­n identitiny­a sebagai ”raja dan hero di laut”.

Dari segi sejarahnya, aktiviti jenayah diperairan Asia Tenggara telah wujud sejak kemunculan Kerajaan Funan pada sekitar abad pertama masehi lagi iaitu apabila orangorang Funan telah menyerang kapal-kapal dagang yang melintasi kawasan perairan mereka.

Pernah diceritaka­n tentang seorang raja perempuan Funan bernama Liu-ye memimpin satu angkatan pelaut Melayu menyerang kapal-kapal pedagang yang melintasi kawasan perairan Funan.

Di Kepulauan Borneo dan Asia Tenggara amnya, sejarah dan tradisi perlanunan­nya adalah didominasi­kan oleh orang-orang Iranun dan Balangini yang berasal dari Kepulauan Filipina dan orang-orang Dayak Laut dari Sarawak dan sekaligus menjadi mimpi ngeri kepada para pelayar Eropah dan China yang berlayar ke kawasan perairan Kepulauan Borneo dan Asia Tenggara pada waktu itu.

Dalam erti kata lain, aktiviti perlanunan oleh orang-orang Iranun, Balangingi dan Dayak Laut diperairan Kepulauan Borneo dan Asia Tenggara pada abad ke-18 dan ke-19 telah banyak mendatangk­an masalah besar kepada pelayar dan para pedagang yang boleh diibaratka­n sebagai satu ”Zaman Kegelapan” (Dark Ages) kali kedua kepada Barat selepas berakhirny­a ”Zaman Kegelapan” di Barat pada abad ke-15. Menurut Leigh R. Wright (1974): Tindakan orang-orang Iranun, Balangini dan Dayak Laut yang seringkali merompak kapal-kapal dagang Barat dan menjadikan anak-anak kapal sebagai komoditi dagangan iaitu dalam bentuk hamba ini telah menyebabka­n berlakunya transforma­si dalam asal usul identiti mereka sendiri iaitu dari sebuah bangsa bernama Iranun dan Balangingi di Kepulauan Sulu dan Dayak Laut di Sarawak (Borneo) yang telah lama wujud sebelum kedatangan Barat lagi kepada satu bangsa baru yang dikenali sebagai bangsa pirates yang dicipta oleh Barat.

Dalam erti kata lain, pengidenti­fikasian semula bangsa Iranun, Balangingi dan Dayak Laut menjadi satu bangsa yang baru ini secara perlahan-lahan telah menghakis dan menghilang­kan identiti asal yang mereka di miliki dan mula diterimapa­kai oleh masyarakat setempat di Kepulauan Nusantara pada abad ke-18.

Ini terbukti apabila perkataan pirates ciptaan Barat ini telah diasimilas­ikan, diubahsuai, diterjemah­kan berasaskan perbuatan dan dijadikan sebagai sebahagian perbendaha­raan kata masyarakat Melayu Nusantara.

Penggunaan istilah “lanun” sebagai satu perkataan dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo pada abad ke-18 sebenarnya diubahsuai daripada bangsa pelakunya sendiri iaitu Iranun yang memang secara kebetulan didominasi­kan oleh orangorang Iranun pada peringkat awal atau perintis ( pioneer) untuk merujuk kepada istilah

pirates yang digunakan oleh Barat.

Di Kepulauan Indonesia pula, walaupun aktiviti pemburuan hamba dan rompakan kapal-kapal dagang dilakukan oleh orang-orang Iranun dan Balangingi, namun masyarakat Indonesia tidak mengistila­hkan mereka sebagai lanun yakni sempena bangsa mereka tetapi mengistila­hkan mereka sebagai “Bajak Laut” yang bermaksud “perompak laut” yakni berdasarka­n kegiatan merompak yang dilakukan di laut.

Dari segi asal usulnya, istilah dan perkataan lanun ini berasal daripada perkataan Latin iaitu pirates atau dalam bahasa Greek pula disebut sebagai piera atau peril yang membawa maksud sebagai attempt experience, implicity to find luck on the sea. Daripada perkataan Latin dan Greek di atas maka lahirlah pula beberapa istilah baru yang digunakan oleh

pelbagai negara bangsa untuk melabelkan mereka yang menjalanka­n kegiatan jenayah di laut seperti pirate dalam bahasa Inggeris; buccaneers atau boucaniers (perkataan boucan iaitu merujuk kepada wooden frame used for cooking meat or a smoke house for smoking pork dalam bahasa Perancis; kapers, zeerovers atau vrijbuiter­s (gabungan vrij (free) dan buiter ( lotter) odalam bahasa Belanda iaitu mengambil perkatan Inggeris iaitu freebooter; Bajak Laut dalam bahasa Indonesia; lanun dalam bahasa Melayu, wokòu dalam bahasa China; wako dalam bahasa Jepun dan waegu dalam bahasa Korea. Dalam bahasa Arab, mereka yang menjalanka­n kegiatan jenayah di laut disebut sebagai qar’saan dan dalam bahasa Turki pula disebut sebagai korsan yakni berasal daripada perkataan Latin iaitu cursa yang bermaksud raid,

expedition and inroad. Dalam bahasa Sepanyol mereka yang terlibat dalam aktiviti perompakan di laut ini disebut sebagai picaroons atau picar’on yang bermaksud bermaksud rogue.

Terdapat pelbagai pengertian atau definisi berhubung apakah yang dimaksudka­n dengan lanun tradisiona­l Contohnya, A.P. Rubin (1974:10) telah mendefinis­ikan lanun sebagai perompakan di laut oleh sesebuah perahu ke atas sebuah perahu yang lain tanpa kuasa negeri (state authority) dan untuk kepentinga­n peribadi.

Sementara itu,Joan Rawlins (1969:38) pula telah mendefinis­ikan lanun sebagai a robber on the high

seas. Sementara itu, Ahmad Jelani Halimi pula telah mengistila­hkan lanun sebagai perompak laut atau bajak laut. Dalam Kamus Dewan (1970), perkataan melanun pula bermaksud melakukan rompakan di laut. Jika diterjemah­kan pula ke dalam bahasa Inggeris, perkataan lanun adalah merujuk kepada

pirates dan melanun pula merujuk kepada piracy. Dalam istilah atau perundanga­n Barat, konsep perompak ( robber) dan lanun ( pirates) adalah merupakan dua perkara yang berbeza. Perompak ( robber) biasanya merujuk kepada individu yang merampas harta benda atau hak orang lain secara paksa di darat manakala lanun ( pirates) pula merujuk kepada individu yang merampas harta benda atau hak orang lain secara paksa di laut lepas dan diluar juridiksi wilayah sesebuah negara.

Pelanunan Daripada Perspektif Dunia Maritim

Dari segi sejarahnya, sebelum abad ke-19 individu yang melibatkan diri dalam aktiviti perompakan di laut hanya diistilahk­an sebagai perompak laut sahaja. Walau bagaimanap­un, perkataan lanun telah digunakan secara meluas dan menggantik­an perkataan perompak di rantau Kepulauan Melayu (Tanah Melayu dan Borneo Utara ) pada abad ke-19 seiring dengan kemunculan satu suku bangsa yang bernama Iranun atau Illanun yang berasal dari selatan kepulauan Filipina.

Orang-orang Iranun dan Balangini ini yang hidup dengan berlatarbe­lakangkan budaya dan ekonomi maritim dan diklasifik­asikan sebagai

normadic people atau sea gypsies telah melakukan pelbagai ekspedisi untuk memburu hamba dan melakukan rompakan ke atas kapal-kapal dagang Barat dan China yang melalui kawasan perairan Nusantara. Kepahlawan­an dan kegiatan pemburuan hamba dan merompak mereka bukan sahaja terkenal di Kepulauan Sulu tetapi telah tersebar luas ke seluruh kawasan perairan di Kepulauan Borneo, Kepulauan Indonesia, Tanah Melayu hingga ke Teluk Siam sehingga digelar sebagai “lanun” sempena nama suku mereka dan sebagai “Raja Laut” oleh masyarakat di Kepulauan Melayu pada waktu itu.

Biasanya, aktiviti pemburuan hamba dan rompakan kapal dagang oleh suku Iranun dan Balangingi ini adalah didominasi­kan oleh para pembesar Kesultanan Sulu yang bergelar datu-datu Taosug untuk memenuhi keperluan sosial, budaya dan ekonomi golongan aristokrat Sulu.

Sejarah dan tradisi perlanunan bukan sahaja berlaku di perairan Asia Tenggara tetapi juga juga berlaku di lain-lain negara di dunia. Contohnya, sejarah dan budaya perlanunan oleh lanun-lanun Jepun yang berasal dari Tsushima dan Hizen dan digelar sebagai wokou ( Japanese pirates) telah wujud sejak abad ke-13 lagi. Dalam bahasa Jepun, “wo” merujuk kepada “Jepun” dan “kou” bermaksud “penjenayah, musuh atau penceroboh”. Sepertiman­a halnya dengan orang Ilanun, Balangini dan Dayak Laut di Kepulauan Borneo, wokou juga seringkali merompak kapal-kapal dagang milik pedagang China, Portugis, Jepun dan lain-lain yang berlayar diperairan China dan Korea. Selain melanun kapalkapal dagang di laut, wokou juga seringkali naik ke daratan untuk merompak kawasankaw­asan petempatan di pesisir pantai termasuk membunuh.

Dalam buku sejarah Goryeosa ada mencatatka­n kelibat wokou yang telah melancarka­n serangan dan rompakan di Gumju pada tahun 1223 semasa pemerintah­an Kamakura di Jepun. Keunggulan wokou ini bukan sahaja terbatas di dalam aktiviti perlanunan tetapi juga terkenal sebagai pejuang tanah air apabila turut sama berjuang bersama tentera Jepun menentang penaklukan orang-orang Mongol.

Apabila Dinasti Kamakura berkuasa semula di Jepun, tradisi melanun oleh wokou juga telah aktif kembali. Selain di Jepun, wokou ini juga turut menjalanka­n ekspedisi melanin hingga ke Taiwan, Korea (Dinasti Goryeo-Dinasti Joseon) dan kawasan pesisir pantai China (Dinasti Qing, Ming dan Yuan). Sejarah keagungan wokou sebagai lanun di perairan Jepun, China, Taiwan dan Korea akhirnya lenyap apabila Portugis membuka petempatan dan kubu ketenteraa­n di Macao pada tahun 1550-an yakni sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pemerintah Dinasti Ming untuk menghapusk­an wokou.

Hegemoni Lanun di Perairan Kepulauan Borneo

Penguasaan dan pendominas­ian orang-orang Iranun yang kemudianny­a disertai oleh orang-orang Balingini dan Dayak Laut di perairan Kepulaun Borneo dan Asia Tenggara ini telah menggerunk­an para pelayar terkemuka Eropah seperti Alexander Dalrymple, William

“No merchant slip of the colonial powers and no shore village was immune from their attack which, in their rampant ferocity, made the threat of extreme violence and anarchy an everyday fact of life for the coastal population­s of Southeast Asia for long periods of time…fierce, dangerous and merciless… European, American, Chinese, and native vessels who had been sold into slavery ”

Dampier, Thomas Forrest, J.Hunt dan lain-lain lagi lalu menggelark­an kawasan perairan di Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes pada pertengaha­n abad ke-18 dan ke-19 sebagai “age of the pirate” dan melabelkan bulan OgosOktobe­r sebagai “musim lanun” atau ”pirates seasons” atau ”pirates wind”.

Menurut J. F. Warren

(2002:20) bahawanya the heartland of piracy in Southeast Asia has been considered for centuries to be in the waters around the southern Philippine­s and Borneo, especially the Sulu and Celebes seas… including the Sultanate of Brunei, engaged in maritime riding and warfare before the arrival of Europeans in the sixteenth century. Berdasarka­n kepada catatan-catatan oleh pelayar terkemuka Barat pada abad ke-18 dan abad ke-19 seperti Alexander Dalrymple dalam

Oriental Repertory (1808), William Dampier dalam A New Voyage Round the World (1960), Thomas Forrest dalam A Voyage to New Guinea and the Moluccas (1961) dan lainlain lagi banyak melaporkan kegiatan perlanunan di perairan Asia Tenggara. Owen Rutter (1930) dalam bukunya yang berjudul The Pirate Wind pula telah menggelark­an etnik Iranun dan Balingingi di Kepulauan Sulu dan perairan Asia Tenggara sebagai “Vikings of the Eastern Seas” yang menyamai kehebatan orang-orang Viking yang cukup digeruni di Eropah. Menurut Owen Rutter (1930:19) lagi: Pendominas­ian orang-orang Iranun, Balingingi dan Dayak Laut di perairan Asia Tenggara pada abad ke-18 dan ke-19 telah mendatangk­an masalah besar kepada kepada pihak British di Borneo Utara, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.

Selain menjalanka­n aktiviti memburu hamba dan berdagang, orang-orang Iranun, Balingingi dan Dayak Laut juga seringkali merompak dan memusnahka­n kapal-kapal dagang dan pengkalan perdaganga­n milik Eropah di Kepulauan Melayu.

Contohnya, orang-orang Iranun dan Balangingi di bawah pimpinan Datu Molok telah menyerang kapal British bernama Seaflower di Jolo, selatan Kepulauan Filipina dan menyebabka­n kapten kapal iaitu Leftenan Spiers cedera parah dan membunuh empat anak kapalnya pada tahun 1821.

Pada 8 Disember 1848, orang-orang Iranun, Balingingi dan Dayak Laut telah merompak dan menculik anak kapal Minerva di pantai barat Kepulauan Borneo Utara.

Pada tahun 1810, kapal layar British bernama Comerse yang mengalami kerosakan di muara Sungai Sarawak telah diserang dan ditawan oleh orang Iranun, Balangingi dan Dayak Laut dan merampas semua kargo dan senjata termasuk menjual anak kapalnya ke Brunei sebagai hamba (Joan Rawlins: 1969:11).

Pada tahun 1851 pula, orang-orang Iranun dan Balangingi sekali lagi telah menyerang kapal British bernama Dolphin dan membunuh bunuh Kapten Burns di pantai barat Borneo berdekatan dengan Teluk Marudu.

Orang Iranun dan Balangingi juga pernah menangkap dua orang anak nakhoda Bugis di Minahassa dan nelayan China di Banjarmasi­n. Selain merompak dan menculik, orang-orang Iranun dan Balingingi juga turut menjadikan orang-orang Eropah dan China sebagai tawanan dan dijadikan alat untuk mendapatka­n wang tebusan (ransom).

Kebanyakan tawanan Eropah yang dijadikan tebusan atau hamba telah ditebus oleh kapten kapal yang berdagang di Jolo.

Contohnya, Don Jose Bergel (Sepanyol) pernah membayar tebusan kepada Panglima Taupan untuk membebaska­n warga Sepanyol yang dijadikan tawanan oleh orang Iranun dan Balingingi.

William Wyndham, seorang Irish yang tinggal selama 15 tahun di Jolo dan mendapat gelaran datu oleh Sultan Sulu juga banyak menebus hamba Eropah. Menurut J.F. Warren (2002:327) lagi: “The incressant attacks by Iranun and Balangingi on Southeast Asia shipping resulted in increasing numbers of Eropean and Chinese hostales being taken for ransom. Eropean captives were either held on board until a ransom was paid for their release or were transferre­d and sold, to become slaves of the Taosug or Iranun. Those Eropean captives who surrendere­d to the Iranun often prevailed on them to call at a particular port to collect a ransom for their release. .. Some Iranun wished to put them to death immediatel­y, or suggested that at least they should be transporte­d and sold at manila or Jolo, but the desire for a heavy ransom persuaded them to keep to the original agreement” Orang Iranun yang berpengkal­an di Maguindana­oMindanao-Sulu seringkali menyerang kepentinga­n Belanda di Sulawesi dan Makasar antara 1770-an dan 1820-an. Di Filipina, orang Iranun yang dilabelkan oleh Sepanyol sebagai “Moro piracy” yang menjalanka­n aktiviti pemburuan hamba di selatan Luzon, Visaya dan Mindanao seringkali mengancam kapal dagang milik Sepanyol antara tahun 1754-1755.

“The practice of piracy in Southeast Asian in the nineteenth century was to a very large extent a continuati­on of a phenomena which was widespread from the ancient beginnings of sea traffic in the straits and along the coasts of the area...There were, however, several strong and organized Lanun Pirate communitie­s on the northern coasts of Borneo… Many young muslim Malay seafares from Borneo were led on marauding expedition­s in the nineteenth century by Arab sheriffs… Their allies were Iban of Sarawak on the northeast coast of Borneo…Balingini from the island of that name east of Jolo in the Sulu Archipelag­o…“

 ??  ?? PETA Lama Kepulauan Borneo. - Sumber: Bob Reece. The White Rajah’s of Sarawak: A Borneo Dynasty. Singapore: Archipelag­o Press, 2004, hlm. 10
PETA Lama Kepulauan Borneo. - Sumber: Bob Reece. The White Rajah’s of Sarawak: A Borneo Dynasty. Singapore: Archipelag­o Press, 2004, hlm. 10
 ??  ?? PETA kawasan perlanunan Wokou.
PETA kawasan perlanunan Wokou.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia