Utusan Borneo (Sabah)

Zon Pedalaman johan keseluruha­n

Perkhemaha­n Kor Kadet Polis peringkat Negeri Sabah

- Oleh JOHAN AZIZ

KONTINJEN Zon Pedalaman muncul johan keseluruha­n aktiviti Perkhemaha­n Kor Kadet Polis peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Taman Rekreasi Bandukan, Keningau Sabtu lalu.

Zon Pedalaman telah menjuarai tujuh daripada 10 aktiviti berkumpula­n Kor Kadet lelaki dan wanita yang dipertandi­ngkan sepanjang empat hari perkhemaha­n itu, anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau bermula Rabu dan berakhir Sabtu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato Abdul Rashid Harun yang menyempurn­akan penutupan perkhemaha­n itu berkata Sabah sekarang ini menghadapi pelbagai cubaan dan ancaman.

“Kita tidak mahu lagi Sabah yang kita cintai ini berterusan menjadi sebuah negeri yang tidak menjanjika­n keamanan, kedaulatan dan kesejahter­aan masyarakat,” katanya semasa menutup Perkhemaha­n Kor Kadet Polis peringkat negeri di Taman Rekreasi Bandukan itu.

Katanya, di bahu pelajar terletak masa depan negeri yang tercinta untuk meneruskan legasi dengan kedaulatan, keamanan, kesejahter­aan dan kecemerlan­gan bumi ini.

Menurut beliau, di bahu pelajarlah terletakny­a masa depan negara ini kerana mereka merupakan pewaris kecemerlan­gan negara bangsa.

“Para pelajarlah yang bertanggun­gjawab ke atas apa juga yang berlaku kepada negara kita,” katanya.

Rashid berkata dalam kalangan pelajar akan ada pemimpin-pemimpin masa depan yang akan memimpin negeri dan seterusnya negara ini.

“Jadikanlah apa yang dipelajari sepanjang tempoh pelajar menjadi kadet polis sebagai satu pengalaman untuk menjadi warganegar­a yang berguna,” katanya.

Seramai 1,200 anggota Kor Kadet Polis daripada tujuh zon utama dari seluruh negeri Sabah terdiri Pedalaman, Selatan, Sandakan, Utara, Barat, Tenggara dan Tenom telah menyertai perkhemaha­n itu.

Sempena program itu, turut diadakan pelbagai pertanding­an sebagai aktiviti pengisian perkhemaha­n itu.

SMK Nabawan muncaul johan bagi kategori Rentas Halangan diikuti di tempat kedua dan ketiga oleh SMK Tulid dan SM Agama Keningau.

Kategori Mara Lasak untuk Kor Kadet lelaki dimenangi oleh SMK Tulid, SM Agama Keningau di tempat kedua dan SMK Keningau ketiga sementara Kor Kadet wanita dimenangi oleh SMK Tulid, SMK Keningau dan SMK Bingkor masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Rentas Halangan berkumpula­n Kor Kadet lelaki dimenangi oleh Zon Pedalaman, tempat kedua dan ketiga masing-masing Zon Selatan dan Zon Tenom sementara dalam kategori yang sama Kor Kadet wanita tempat pertama dimenangi oleh Zon Pedalaman, tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh Zon Selatan dan Zon Tenom.

Zon Sandakan memenangi kategori Pandu Arah berkumpula­n lelaki diikuti Zon Utara dan Zon Selatan di tempat kedua dan ketiga sementara dalam kategori yang sama Kor Kadet wanita dimenangi oleh zon Sandakan, Zon Utara di tempat kedua dan Zon Selatan ketiga.

Kategori Mara Lasak berkumpula­n lelaki dimenangi oleh Zon Pedalaman, tempat kedua Zon Sandakan dan ketiga Zon Sandakan sementara Zon Pedalaman di tempat pertama dalam kategori yang sama Kor Kadet wanita, Zon Barat dan Zon Utara masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Menembak Berkumpula­n Kor Kadet lelaki, Zon Pedalaman menduduki tempat pertama, Zon Barat dan Zon Tenom masingmasi­ng di tempat kedua dan ketiga, sementara bagi kategori sama Kor Kadet wanita telah dimenangi oleh Zon Pedalaman, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Zon Selatan dan Zon Tenom.

Kategori Kawad berpasukan terbaik dimenangi oleh Zon Barat, Zon Tenggara di tempat kedua dan Zon Selatan ketiga.

Zon Pedalaman memenangi tempat pertama dalam acara kebudayaan diikuti oleh Zon Utara dan Zon Tenom di tempat kedua dan ketiga.

Mohd Hanif dari Zon Pedalaman dipilih individu terbaik kategori menembak Kor kadet lelaki sementara Chrisyl Sylvester juga dari Zon Pedalaman dipilih individu terbaik dalam kategori Menembak Kor Kadet wanita.

Kategori kawad kaki individu terbaik Kor Kadet dimenangi oleh Alzimar Ali dari Zon Barat.

Sementara itu, kontinjen Zon Barat telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pesuruhjay­a Polis Sabah.

Semua hadiah dan sijil telah disampaika­n oleh Rashid dan Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ir Datu Jamigul Haji Datu Salin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Douglas Nyeging Taong dan Pegawai Pendidikan Daerah Masly Wahip, serta para ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n, pegawai kanan polis dan guru Kor Kadet Sekolah.

 ??  ?? RASHID (tengah), Jamigul, Douglas, Masly dan para pegawai kerajaan dan polis bergambar dengan para anggota Kor Kadet Polis selepas majlis itu.
RASHID (tengah), Jamigul, Douglas, Masly dan para pegawai kerajaan dan polis bergambar dengan para anggota Kor Kadet Polis selepas majlis itu.
 ??  ?? AHLI Kor Kadet Polis daripada tujuh zon utama seluruh Sabah yang menyertai perkhemaha­n itu.
AHLI Kor Kadet Polis daripada tujuh zon utama seluruh Sabah yang menyertai perkhemaha­n itu.
 ??  ?? RASHID (berdiri, enam kiri), Jamigul (lima kiri), Douglas (empat kiri), Masly (tiga kiri) dan para pegawai kerajaan serta polis bergambar bersama wakil Zon Pedalaman yang muncul juara keseluruha­n selepas penyampaia­n hadiah.
RASHID (berdiri, enam kiri), Jamigul (lima kiri), Douglas (empat kiri), Masly (tiga kiri) dan para pegawai kerajaan serta polis bergambar bersama wakil Zon Pedalaman yang muncul juara keseluruha­n selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? JAMIGUL menyampaik­an hadiah kepada wakil zon. Turut kelihatan Masly (kiri).
JAMIGUL menyampaik­an hadiah kepada wakil zon. Turut kelihatan Masly (kiri).
 ??  ?? MASLY menyampaik­an cendera kenangan kepada Jamigul.
MASLY menyampaik­an cendera kenangan kepada Jamigul.
 ??  ?? RASHID menyampaik­an sijil kepada wakil salah satu zon Kor Kadet Polis. Turut kelihatan Douglas (kiri).
RASHID menyampaik­an sijil kepada wakil salah satu zon Kor Kadet Polis. Turut kelihatan Douglas (kiri).
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an cendera kenangan kepada
DOUGLAS menyampaik­an cendera kenangan kepada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia