Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam ejen transforma­si

Berada pada kedudukan paling hadapan antara rakyat dan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata penjawat awam adalah ejen transforma­si paling hadapan antara rakyat dan kerajaan.

Oleh itu penjawat awam perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transforma­si berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

“Cabaran penjawat awam adalah besar dan sentiasa menjadi perhatian dan pengukuran rakyat dalam menentukan semua dasar kerajaan dapat dilaksanak­an sebaiknya,” katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs), di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata penjawat awam perlu bersyukur kerana dalam senario ketidakten­tuan ekonomi, kerajaan masih meneruskan semua kemudahan saraan sektor awam tanpa membuat potongan gaji, walau satu sen pun.

“Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa menjaga kepentinga­n anggota sektor awam dan kerajaan peka dengan kebajikan penjawat awam,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata peningkata­n kebajikan serta kesejahter­aan lebih 1.6 juta penjawat awam akan tetap menjadi keutamaan kerajaan dalam bergerak ke hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n pada Bajet 2016 kerajaan mengumumka­n banyak perkara berkaitan kepentinga­n penjawat awam.

Antaranya bantuan khas RM500; pergerakan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred menjelang Julai akan datang; gaji minimum sektor awam RM1,200; pencen minimum RM950 dan menaikkan kadar pelepasan cukai individu.

“Ini telah memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam dan sudah pasti ia datang dari sebuah kerajaan yang mendahuluk­an kepentinga­n serta kesejahter­aan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan dari semua,” katanya.

Bagi memastikan penjawat awam mampu memiliki rumah idaman, Najib berkata melalui Bajet 2016, kerajaan juga memperuntu­kkan RM1.6 bilion bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) untuk membina 175,000 rumah, dijual 20 peratus rendah daripada harga pasaran.

Selain itu, kerajaan turut memperuntu­kkan RM200 juta untuk Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB), untuk membina 20,000 rumah mesra rakyat dengan subsidi RM20,000 seunit serta RM200 juta peruntukan bagi skim pembiayaan deposit rumah pertama.

Sambutan Hari Pekerja Cuepacs dengan tema “Pekerja Tonggak Kemakmuran­Negara” hari ini turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Zabidi Zainal, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia