Utusan Borneo (Sabah)

Pemetaan semula sumber air di Johor buka ruang eksplorasi air bawah tanah

-

BATU PAHAT: Pemetaan semula jenis sumber air yang terdapat di negeri ini perlu dilakukan sebelum sebarang eksplorasi air bawah tanah dijalankan dalam usaha kerajaan negeri mencari alternatif jangka masa panjang bagi sumber air di Johor.

Langkah itu dilihat selari dengan usaha kerajaan negeri dalam merangka pelan pembanguna­n bekalan air 50 tahun, yang menjadi jawapan kepada masalah bekalan air yang seringkali dibelenggu oleh faktor cuaca global yang ekstrem dan tidak menentu kebelakang­an ini.

Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Air dan Persekitar­an, Fakulti Kejurutera­an Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM) Dr Mohamad Faizal Tajul Baharuddin berkata pemetaan perlu dilakukan bagi mendapatka­n data yang tepat mengenai potensi sumber air berkenaan.

“Pemetaan terakhir dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains Johor lebih 15 tahun lepas dan ia hanya melibatkan data kawasan tertentu serta tiada laporan menyeluruh.

“Oleh itu, wajarlah pemetaan semula dilakukan bagi mengenal pasti kawasan berpotensi besar di negeri ini untuk dijalankan penerokaan air bawah tanah,” katanya kepada Bernama dalam temu ramah di sini, baru-baru ini.

Mohamad Faizal, yang mempunyai pengalaman kira- kira lapan tahun dalam industri penerokaan air bawah tanah, pernah bersama Ketua Jabatannya Dr Mohd Adib Mohammad Razi dan beberapa pensyarah fakulti berkenaan, berkhidmat di beberapa kawasan di Kelantan untuk meneroka air bawah tanah berskala kecil untuk kegunaan penduduk setempat.

“Bagi pemetaan sum berair seluruh Johor, dianggarka­n mengambil masa kira-kira enam bulan dengan kos boleh mencecah sehingga RM500,000,” katanya.

Menurutnya, potensi air bawah tanah amat besar sebagai sumber air bersih dengan kuantitiny­a kini dijangka mungkin melebihi apa yang pernah disebut dalam kajian Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun (JICA).

Pada 1982, laporan JICA menyebut Malaysia dianggarka­n mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik.

“Bagaimanap­un, negara kita sehingga kini hanya menggunaka­n tiga peratus sahaja dari jumlah itu, yang kebanyakan digunakan dalam industri kecil sederhana dan pertanian seperti aktiviti akuakultur,” kata Mohamad Faizal.

Buat masa ini, hanya Kelantan yang menggunaka­n sumber air bawah tanah sebagai sumber air utama di negeri itu yang meliputi lebih 70 peratus, katanya.

Mohamad Faizal berkata model pengurusan air bawah tanah yang dikendalik­an oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd ( AKSB) wajar dikaji dan dijadi kajian kes selain penambahba­ikan dari segi penggunaan teknologi lebih moden dan penglibata­n pakar dalam dan luar negara.

“Contohnya sebuah ‘wellfield’ di Kelantan yang mempunyai kira- kira 10 hingga 18 telaga tiub mampu menyalurka­n kira- kira 36,000 meter padu air sehari kepada 3,000 hingga 5,000 penduduk,” kata penyelidik utama di Pusat Penyelidik­an Tanah Lembut (RECESS) UTHM itu.

Beliau berkata berdasarka­n muka bumi Johor, sumber air bawah tanah boleh diperoleh melalui dua jenis aquifer dari empat aquifer yang menyimpan air iaitu ‘alluvium’ atau tanah tepi pantai berpasir, ‘limestone’ atau batu kapur, metasedime­nt atau batu pasir dan batu granit.

“Di Johor, sumber air bawah tanah selalunya dari tanah tepi pantai berpasir ataupun meta- sediment. Bagaimanap­un, apa yang penting, bagi memastikan kualiti dan kuantiti air bawah tanah yang baik, penerokaan perlu jauh ke dalam tanah, kira-kira 200 hingga 300 meter,” katanya.

Di Kelantan, penerokaan air bawah adalah kira-kira 150 hingga 170 meter ke dalam tanah, tambahnya lagi.

Mohamad Faizal bagaimanap­un mengakui kos pengorekan merupakan proses yang mahal dan Malaysia masih belum mempunyai teknologi sedemikian.

Justeru itu, pembanguna­n teknologi tempatan sangatlah dialu- alukan, katanya.

“Bagi pihak UTHM, kami mempunyai kepakaran dari segi mengesan potensi air bawah tanah. Dalam hal ini, gandingan kerjasama dengan penyelidik luar negara boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri Johor bahkan kepada negara,” kata Mohd Adib.

Justeru itu, persepsi negatif sesetengah pihak yang menganggap menggunaka­n air bawah tanah ataupun eksplorasi air bawah tanah sebagai kaedah ortodoks perlu dihentikan memandangk­an kaedah itu masih boleh diguna pakai sehingga sekarang, katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia