Utusan Borneo (Sabah)

Tangkak diisytihar sebagai daerah pelanconga­n

-

TANGKAK: Tangkak diisytihar sebagai daerah pelanconga­n, malam Sabtu, sejajar hala tuju kerajaan Johor dan Pelan Induk Perancanga­n Negeri Johor 2016-2020 untuk menjadikan sektor pelanconga­n sebagai penyumbang penting kepada pertumbuha­n ekonomi di daerah itu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata Tangkak bertuah kerana dianugerah­kan keindahan alam semulajadi yang sering menjadi tumpuan pelancong, khususnya Gunung Ledang yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

“Sebagai langkah awal, Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar bersetuju menyalurka­n peruntukan berjumlah RM200,000 untuk mewujudkan taman mini ajaib di sebelah Masjid Tangkak dan peruntukan memperinda­hkan lanskap kawasan Tol Tangkak dengan spesies tumbuhan Gunung Ledang manakala Tol Bukit Gambir akan dihiasi tumbuhan hutan negeri Johor bernilai RM800,000.

“Di samping itu, peruntukan sebanyak RM200,00 diluluskan bagi membina skrin elektronik di Dataran Ledang bagi kemudahan penduduk Tangkak menonton perlawanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran daerah Tangkak sebagai daerah pelanconga­n dan Pelan Pembanguna­n Strategik Majlis Daerah Tangkak 2016-2020 sempena program Semarak Johor Tangkak 2016 di Dataran Ledang, di sini malam Sabtu.

Program Semarak Johor Tangkak 2016 merupakan anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Turut dilancarka­n serentak ialah buku mewah bertajuk

‘ Biodiversi­ty of Gunung Ledang-Mountainee­ring the Nature’ yang dihasilkan Kementeria­n Sumber Asli Dan Alam Sekitar.

Hamim yang juga anggota Parlimen Ledang berkata terdapat 22 produk pelanconga­n lama dan baharu dikenal pasti dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2016-2020 dan hasil kajian tersebut menyasarka­n sektor pelanconga­n sebagai sektor utama yang bakal memacu ekonomi daerah berkenaan.

Beliau berkata antara produk tersebut adalah sawah padi di Sawah Ring, perusahan cendawan, memancing udang galah di Sungai Muar, tanaman sayuran di seluruh daerah Tangkak, pelbagai kebudayaan serta pusat tekstil dan pakaian di bandar Tangkak.

“Peluang ini mestilah direbut dan digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk Tangkak kerana sektor pelanconga­n sebenarnya mampu menjana pulangan lebih lumayan.

“Industri pelanconga­n juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia umpamanya dalam bidang perhotelan, pengangkut­an, perusahaan ringan dan bidang lain yang berkaitan dengan sektor pelanconga­n,” katanya.

Menurut Hamim, dalam keghairaha­n mengaut keuntungan sektor pelanconga­n, aspek pemulihara­an alam sekitar perlu diambil berat supaya anugerah yang tidak ternilai di Tangkak itu dapat mendatangk­an manfaat berganda kepada semua pihak.

Katanya, kerajaan persekutua­n dan kerajaan Johor juga akan memberi penekanan dalam meningkatk­an kedatangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

“Untuk masa hadapan, beberapa tarikan baharu akan dibina di Tangkak antaranya ialah litar perlumbaan di Gerisik dan pusat pameran perabot bagi menambah tarikan di daerah ini,” katanya.- Bernama

 ??  ?? TUGAS: Pekerja tetap melakukan kerja-kerja mengecat Masjid Pekan di Kuantan walaupun di bawah cuaca panas dan kering. Malaysia mengalami cuaca panas melampau apabila hujan tidak turun yang diburukkan lagi dengan Fenomena El Nino yang dijangka...
TUGAS: Pekerja tetap melakukan kerja-kerja mengecat Masjid Pekan di Kuantan walaupun di bawah cuaca panas dan kering. Malaysia mengalami cuaca panas melampau apabila hujan tidak turun yang diburukkan lagi dengan Fenomena El Nino yang dijangka...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia