Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Razif kekal Menteri Besar Terengganu: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata Ahmad Razif Abdul Rahman kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan akan menjalanka­n tugas seperti biasa.

Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam untuk membincang­kan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

“Hasil dan kesimpulan majlis menghadap itu, maka saya ingin maklum MB ( Menteri Besar) Terengganu Ahmad Razif kekal sebagai MB Terengganu dan akan terus jalankan tugas beliau seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, kelmarin.

“Maka dengan pengumuman ini, saya berharap tiada lagi sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan beliau (Ahmad Razif), saya anggap isu kepimpinan negeri ini selesai,” katanya.

Ditanya mengenai p e lucu tan darjah kebesaran yang dikurniaka­n kepada Ahmad Razif, Najib berkata:” itu hak sultan (Sultan Mizan), (saya) tak masuk campur, itu dalam Perlembaga­an dan kuasa sultan”.

Sultan Mizan telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniaka­n kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa pada 22 April lalu.

Perkara itu dimaklumka­n dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 25 April lepas.

Sebelum ini, Ahmad Razif dikurniaka­n Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin ( SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantik­an Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia