Utusan Borneo (Sabah)

Dr Ngu turun lokasi melawat pengundi

-

SRI AMAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simanggang boleh dikatakan kerusi panas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 kali ini berbanding PRN lalu.

Ini keputusan kehadiran calon Bebas Datuk Dr Ngu Piew Seng bertanding menggunaka­n lambang kunci menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Francis Harden Hollis kali ini.

Dua lagi calon iaitu dari Parti Keadilan Rakyat Norina Umoi ak Utot dan calon DAP Leon Jimmy Donald turut menyerikan lagi suasana saingan di kerusi DUN Simanggang.

Dr Ngu terus menggerak kempen bertemu rakyat bagi meraih sokongan sama ada di taman perumahan ataupun rumah panjang sekitar DUN Simanggang.

Antara taman perumahan dan rumah panjang dilawati Dr Ngu sepanjang kempennya beberapa hari ini ialah San Ugol, Kedang, Klassin dan Taman Gamang.

“Beri saya peluang membela nasib anda semua,” katanya dalam setiap ceramahnya di setiap rumah panjang dan taman perumahan yang dikunjungi di sini.

Selain itu Ngu mendakwa isu utama di Simanggang ketika ini adalah tidak puas hati rakyat terhadap penyandang sedia ada tidak adil kepada rakyat terutama isu pelantikan ketua masyarakat.

Dr Ngu mendakwa pilihan raya kali ini a begitu sukar baginya kerana rakyat di Simanggang ramai sudah mengenalin­ya berikutan pernah bertanding pada pilihanray­a negeri pada 1991 atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menentang Calon BN Micheal Pilo daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Tetapi kini Pilo yang merupakan tokoh politik veteran itu bersama Dr Ngu menentang Harden serta Leon dan Norina Umoi pada PRN11 ini.

 ??  ?? NGU (tengah) dan Pilo bersama penyokong mengangkat tangan sebagai tanda memberi sokongan kepada Ngu di sebuah taman perumahan Sri Aman.
NGU (tengah) dan Pilo bersama penyokong mengangkat tangan sebagai tanda memberi sokongan kepada Ngu di sebuah taman perumahan Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia