Utusan Borneo (Sabah)

Fadillah rayu pengundi Tupong sokong calon BN

-

KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof merayu kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong menunjukka­n sokongan serta memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Beliau merupakan Pengarah Operasi Jentera BN-PBB Pilihan Raya DUN Tupong berkata, penduduk Tupong seharusnya memberi peluang kepada calon BNPBB bagi konstituen­si itu, Fazzrudin Abdul Rahman memberi khidmat kepada mereka di kawasan itu.

Ini kerana, katanya dengan kemenangan besar diperolehi BN pada PRN ini pembanguna­n di Tupong dan seluruh negeri ini dapat terus dilaksanak­an.

“Berilah peluang kepada Fazzrudin menjadi wakil rakyat kita di sini (Tupong) dan kita bersama-sama beliau terus memberi khidmat secara menyeluruh kepada semua rakyat.

“Beliau merupakan ‘Team Adenan’ maka sokong dan berilah peluang kepadanya agar dengan kemenangan dikecapi kita ada banyak lagi pembanguna­n dan kecemerlan­gan seluruh negeri ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Merakyatka­n Seni Budaya di Tebingan Kubah Ria di sini semalam.

Turut hadir Fazzrudin dan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Kerja Raya itu mengambil contoh pembanguna­n Medan Niaga Satok dan Kubah Ria di bawah pentadbira­n DUN Tupong jelas membuktika­n kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutua­n menyediaka­n lebih banyak kemudahan dan prasarana kepada masyarakat.

“Misalnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sudah meluluskan kalau ikutkan sewa di sini (Kubah Ria) setiap tahun dinaikkan 10 peratus namun sekarang tiada lagi kenaikan.

 ??  ?? (Dari kiri) FADILLAH, Nazri dan Fazzrudin pada Majlis Pelancaran Program Merakyatka­n Seni Budaya di Tebingan Kubah Ria, Kuching semalam.
(Dari kiri) FADILLAH, Nazri dan Fazzrudin pada Majlis Pelancaran Program Merakyatka­n Seni Budaya di Tebingan Kubah Ria, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia