Utusan Borneo (Sabah)

Isu keselamata­n Tupong jadi tumpuan Nurhanim

-

KUCHING: Isu keselamata­n dan peningkata­n kadar jenayah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong antara yang akan ditumpukan calon PKR, Nurhanim Mokhsen.

Beliau mendakwa, isu terbabit sering dibangkitk­an oleh komuniti di DUN berkenaan semasa beliau turun padang.

“Di DUN Tupong salah satu masalah di sana adalah kadar jenayah yang meningkat sehingga ada di antara penduduk bimbang tentang keselamata­n mereka.

“Dalam kajian yang dijalankan secara peribadi pada Februari 2015 daripada data yang diperolehi, 32 peratus penduduk memberitah­u mereka takut dan bimbang tentang keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang dihadiri Naib Presiden PRK Dr Xavier Jayakumar di bilik gerakan utama PKR di sini, baru-baru ini.

Menurut Nurhanim, antara jenayah yang dikenalpas­ti di kawasan itu alkohol, pecah rumah dan kes ragut.

Beliau mendakwa telah membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa berkaitan, namun ia masih tidak ada tindakan, sedangkan ia adalah isu berkaitan keselamata­n penduduk.

“Maka, kita mahu ada satu sistem untuk membuat aduan polis yang lebih baik kerana kawasan Tupong ada balai polis terdekat iaitu Balai Polis Gita.

“Namun ada aduan pula memerlukan mereka ke balai polis di Simpang Tiga (Pusat Sehenti) yang jauh jaraknya kepada mereka,” katanya, sambil memberitah­u tidak semua penduduk mempunyai pengangkut­an untuk ke sana.

Nurhanim berkata, ia menjadi faktor kebanyakan kes jenayah yang berlaku di kawasan itu tidak dilaporkan.

“Saya berharap pihak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan lebih banyak kehadiran polis peronda mereka.

“Jika diberi mandat di kawasan ini saya dan PKR khasnya akan berusaha menangani isu yang sering dibangkitk­an penduduk di Tupong,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia