Utusan Borneo (Sabah)

Pratik amalan hidup hijau elakpemana­san global, kata Dawos

-

SERIAN: Rakyat diminta terus mempraktik amalan hidup hijau bagi memastikan negara dapat menangani masalah perubahan iklim dan pemanasan global.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Dato Sri Dr James Dawos Mamit berkata, bagaimanap­un, setakat ini Malaysia hanya mengeluark­an 0.6 peratus gas karbon dioksida (CO2) yang merupakan peratusan terendah seluruh dunia.

Namun, jelasnya, negaea maju mengeluar 36 bilion tan CO2 dan beliau menjelaska­n antaranya China mengeluar 28 peratus melibatkan 29 bilion tan CO2 diikuti Amerika Syarikat 19 peratus, Eropah (12 peratus), Rusia (7 peratus) dan India (5 peratus).

“Jumlah pelepasan CO2 di Malaysia masih rendah kerana negara ini mempunyai 18 juta hektar hutan yang mampu menyerap 90 bilion tan CO2 setahun.

“Keadaan ini menuntut kita mengamal amalan hidup hijau termasuk mengguna teknologi hijau bagi memastikan kita tidak mengalami masalah perubahan iklim termasuk pemanasan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Jelajah Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) siri keenam anjuran bersama KeTTHA di Tarat Sentral di sini semalam.

“Sarawak masih beruntung kerana menerima kekerapan hujan berbanding Semenanjun­g yang kini berdepan krisis air,” kata Dawos.

Jelas Ahli Parlimen Puncak Borneo itu lagi, perubahan iklim dan pemanasan global tidak elok untuk kesihatan diri termasuk alam sekitar.

Justeru, beliau mengingatk­an supaya rakyat sentiasa bersikap bertanggun­gjawab ke atas alam sekitar dengan mempraktik amalan berjimat cermat mengguna air dan elektrik.

“Oleh itu, kita harus mengamal cara hidup hijau di rumah kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia