Utusan Borneo (Sabah)

Adenan selar DAP semarak kebencian rakyat terhadap PM

-

KUCHING: Pilihan Raya Negeri ( PRN) bukan menentukan Perdana Menteri Malaysia sebaliknya ketua menteri, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau sekali gus menepis kenyataan pembangkan­g terutamany­a DAP, yang sering menggunaka­n ‘Undi Adenan bermakna Undi Najib’ bagi menyemarak­kan lagi kebencian rakyat kepada Perdana Menteri.

“Kalau DAP kata Undi Adenan maknanya Undi Najib... tapi bagi saya pula Undi Dr Sim untuk Undi Adenan begitu juga lain... Undi Lo Khere Chiang untuk Undi Adenan.

“Jika kamu mahu saya terus menjadi Ketua Menteri undi semua calon SUPP. Ini kerana pilihan raya ini adalah untuk menentukan siapa Ketua Menteri bukan siapa Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Dr Sim di Kuching City Mall di sini, baru-baru ini.

Adenan turut menyelar kenyataan pemimpin DAP khasnya yang sering menjadikan isu hubungan baik beliau bersama Perdana Menteri.

Beliau berkata hubungan baik itu disebabkan hanya Najib yang boleh membantu Sarawak terus membangun.

“Beliau datang ke Sarawak lebih 50 kali semenjak enam tahun menjadi Perdana Menteri dan bukan dengan tangan kosong tetapi pelbagai projek.

“Atas itu kita berkawan dan saya percaya kalau kita berlawan semestinya tidak akan mendapat apa-apa... saya tahu beliau ( Najib) boleh membantu kita,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada pilihan raya negeri lepas, pengundi Cina khasnya tidak memihak kepada BN.

“Saya tahu pada pilihan raya lepas kaum Cina tidak ramai memilih BN dan saya tahu ia atas pelbagai sebab.

“Namun pada pilihan raya kali ini, saya mahu anda (Cina) memberi sokongan kepada calon Cina dari BN, iaitu SUPP.

“Lupakan mengenai sama ada anda menyukai calon itu atau tidak kerana apa paling penting memberi mandat kepada BN supaya mampu bersuara di Kuala Lumpur,” tegasnya.

Beliau turut memberitah­u bersedia mempertimb­angkan Presiden SUPP yang juga calon BN di Batu Kawa, Dr Sim berada dalam kabinet sebagai menteri, jika menang pada PRN ini.

Pengerusi BN itu berkata, ia bagi membolehka­n kaum Cina di negeri ini mempunyai wakil dalam kerajaan yang dibentuk dan adalah tidak dalam kabinet yang tidak disertai oleh kaum itu.

“Kita mesti ada kaum Cina, saya tidak mahu membentuk kerajaan tanpa Cina dalamnya. Kita perlu ada perubahan kerana kita mahu kaum Cina bersama memain peranan.

“Maka itu saya menggesa anda semua mengundi calon Cina (SUPP)... undi Dr Sim. Kalau menang boleh jadi menteri seperti bapanya (Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong), itu boleh tapi kena menang dulu,” katanya.

 ??  ?? ADENAN bersama calon BN terdiri daripada ahli SUPP (dari kiri) Wilfred Yap (Kota Sentosa), Peter Pau (Padungan), Dr Sim (Batu Kawa) dan Lo Khere Chiang (Batu Kitang) pada majlis pemimpin bersama rakyat.
ADENAN bersama calon BN terdiri daripada ahli SUPP (dari kiri) Wilfred Yap (Kota Sentosa), Peter Pau (Padungan), Dr Sim (Batu Kawa) dan Lo Khere Chiang (Batu Kitang) pada majlis pemimpin bersama rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia