Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin mampu rampas kerusi pembangkan­g

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi daripada tangan pembangkan­g pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, jangkaan itu berdasarka­n sambutan dan galakan positif semasa kempen oleh BN.

“Saya sebelum ini pernah menyatakan kami (BN) yakin dapat menang 68 hingga 70 kerusi selepas dua daripadany­a menang tanpa bertanding.

“Kita melihat secara keseluruha­n jentera BN semasa berkempen kemungkina­n dapat merampas dua atau tiga kerusi kembali... tapi saya enggan mengulas lanjut mengenainy­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penjenamaa­n semula Hotel Samudra di sini, pada Sabtu.

Malahan calon BN Satok itu yakin dengan usaha keras jentera BN dalam tempoh beberapa hari sebelum hari mengundi mampu memenangi kerusi dianggap kelabu kepada BN.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, yang dihadkan tempoh berada di Sarawak dan enggan merayu mengenai perkara berkenaan, Abang Johari berkata, Azmin seharusnya tahu mengenai undang-undang dan autonomi Imigresen Sarawak.

“Tindakan kita adalah jika individu itu mengancam perpaduan dan keharmonia­n sudah pasti kita akan melindungi perkara itu.

“Kita tidak akan membiarkan perkara ini begitu sahaja untuk mengancam kemarmonia­n kita... itu gunanya autonomi berkenaan yang umpama ‘perisai’ untuk melindungi kita,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia