Utusan Borneo (Sabah)

Roland sangkal dakwaan PKR Tarat tiada pembanguna­n

-

SERIAN: Terima kasih kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan calon PKR Musa Ngog kerana mengajar penduduk di sini cara bagaimana hendak hidup, sindir calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Beliau memberitah­u penduduk di DUN Tarat sudah matang dan mampu berfikir untuk menyokong parti mana yang dapat membawa pembanguna­n di kawasan tersebut.

“Beliau (Azmin) dan calon PKR ajar kita cara bagaimana hendak hidup tetapi saya percaya orang Tarat sudah lama hidup bukan, terima kasih saya ingat beliau nak bawa pembanguna­n di sini.

“Saya ingat beliau nak bawa duit ke Tarat, apa guna datang sini tidak bawa apa-apa, cakap kosong sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perasmian Jelajah Yayasan Hijau di Tarat Sentral di hadapan ratusan orang yang hadir pada majlis itu, pada Sabtu.

Malah, Roland memberitah­u Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut mendakwa tiada pembanguna­n yang dibawa oleh BN di kawasan berkenaan.

“Beliau kata tidak ada pembanguna­n di Tarat, kalau dahulu jalan di sini jalan batu kini sudah ada empat laluan berturap, sekolah dibina dan banyak lagi, tidak guna saya cakap banyak,” katanya sambil disahut pengunjung di situ ‘Hidup BN!’

Tambahnya lagi, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini banyak membawa pembanguna­n untuk rakyat Sarawak.

“Beliau ( Azmin) kata Selangor negeri yang terkaya di Malaysia, mengapa tidak bawa satu sen untuk membangunk­an rakyat Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia