Utusan Borneo (Sabah)

Xpress Air sasar 1,500 penumpang bagi penerbanga­n Melaka-Pekan Baru

-

MELAKA: Syarikat penerbanga­n hibrid Indonesia, Xpress Air menyasarka­n untuk menarik seramai 1,500 penumpang dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi membabitka­n perkhidmat­an penerbanga­n Melaka ke Pekan Baru yang bermula Jumaat.

Pengarah Komersial Xpress Air Swadono Poernomo berkata ia adalah laluan antarabang­sa kedua syarikat itu selepas menawarkan perkhidmat­an antara Pontianak, Indonesia ke Kuching, Sarawak pada tahun 2014.

“Kami menawarkan perkhidmat­an Pekan BaruMelaka berikutan kejayaan penerbanga­n yang meng- hubungkan Pontianak dan Kuching.

“Selain mampu mengukuhka­n aspek hubungan, ia juga dapat mengembang­kan lagi sektor pelanconga­n kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n ketibaan penerbanga­n sulung Xpress Air dari Pekan Baru ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM) di sini, Jumaat.

Penerbanga­n membawa 26 penumpang itu disambut Exco Pengangkut­an, Pemulihan Projek Dan Perdaganga­n Antarabang­sa Melaka, Datuk Lim Ban Hong.

Menurut Swadono, buat permulaan Xpress Air menggunaka­n pesawat jenis Dornier 328 yang boleh membawa 32 penumpang bagi penerbanga­n empat hari seminggu itu.

Ia bersedia menggunaka­n pesawat lebih besar jenis Boeing 737-300 jika perkhidmat­an penerbanga­n berkenaan mendapat sambutan menggalakk­an.

“Xpress Air turut melakukan penerbanga­n transit melibatkan tiga destinasi iaitu Palembang, Lampung dan Tanjung Pinang Indonesia bagi laluan ini,” katanya.

Syarikat penerbanga­n itu yang mula beroperasi pada tahun 2003, menawarkan 26 penerbanga­n domestik di Indonesia serta dua laluan antarabang­sa ke Malaysia.— Bernama

 ??  ?? LIM (dua kanan) menyambut dan menyampaik­an cenderamat­a kepada penumpang pesawat Xpress Air dari Pekan Baru, Sumatera Indonesia, sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka, program penerbanga­n sulung Xpress Air ke Melaka, beermula Jumaat....
LIM (dua kanan) menyambut dan menyampaik­an cenderamat­a kepada penumpang pesawat Xpress Air dari Pekan Baru, Sumatera Indonesia, sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka, program penerbanga­n sulung Xpress Air ke Melaka, beermula Jumaat....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia