Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka rendah minggu ini

Pasaran serantau menurun kerana tiada langkah rangsangan daripada Bank of Japan

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu ini didorong oleh penurunan pasaran serantau berikutan tiada langkah rangsangan daripada Bank of Japan dan minit mesyuarat Rizab Persekutua­n AS yang agak positif.

Bagaimanap­un, Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen tempatan yang positif dijangka menyokong pasaran.

“Ini termasuk pelantikan Gabenor Bank Negara yang baharu yang memberi prospek baik kepada keyakinan pelabur asing yang akan meningkatk­an ringgit, dan Program Transforma­si Negara (NTP), yang mengatasi jangkaan secara menyeluruh.

“Ini (NTP) mencermink­an Keluaran Dalam Negara Kasar, yang meningkat pada purata 5.6 peratus setahun dari 2010 hingga 2015 walaupun persekitar­an luaran mencabar,” kata Nazri.

Dari segi teknikal, bursa tempatan akan diniagakan rendah untuk sementara waktu bagi membetulka­n keadaan yang terlebih beli, katanya.

“Dengan trend yang mendasari pengukuhan ringgit dan harga minyak mentah, kami berasakan belian yang baik dengan kelemahan strategi pelaburan sekarang, teutamanya pada minat dagangan yang muncul dalam saham perladanga­n serta minyak dan gas,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) jatuh sebanyak 45.24 mata kepada 1,672.72 daripada 1,717.96 pada minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas jatuh 300.47 mata kepada 11,638.02, Indeks FBMT100 berkuranga­n 293.79 mata kepada 11,334.19 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 278.76 mata pada 12,208.99.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 321.35 mata kepada 14,587.30, Indeks Perladanga­n susut 40.01 mata kepada 7,710.85 dan Indeks Perusahaan berkuranga­n 96.85 mata kepada 3,174.10.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 9.77 bilion unit bernilai RM10.24 bilion daripada 8.6 bilion unit bernilai RM9.25 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 7.20 bilion saham bernilai RM9.79 bilion daripada 6.37 bilion saham bernilai RM8.89 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.01 bilion unit bernilai RM130.58 juta daripada 920.23 juta unit bernilai RM110.71 juta pada Jumaat lepas.

Pasaran ACE naik kepada 1.54 bilion saham bernilai RM324.49 juta daripada 1.3 bilion saham bernilai RM259.39 juta pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia