Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM diunjur RM2,500-RM2,520 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Pasaran hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka menyaksika­n pembetulan teknikal pada minggu ini yang mempengaru­hi harganya sekitar RM2,500 hingga RM2,520 satu tan, kata peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata permintaan juga dijangka perlahan berikutan faktor cuaca semasa.

“Dagangan minggu ini juga lebih singkat berikutan cuti umum Hari Pekerja pada Isnin ini. Namun, berita baiknya adalah jangkaan bahawa El Nino akan berakhir penghujung Mei ini.

“Ia sememangny­a satu perkembang­an yang dinantikan oleh para peladang dan pekebun,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Meterologi Malaysia baru-baru ini melaporkan, keadaan cuaca panas melampau akibat fenomena El Nino yang dialami negara sekarang, dijangka pulih pada akhir Mei ini.

Menurut Teh, berita itu pasti merangsang pasaran MSM serta komoditi lain termasuk getah.

Katanya, pasaran minyak sawit tempatan juga akan meningkat, disokong oleh minat belian terhadap komoditi itu pada bulan puasa serta musim perayaan lain yang jatuh pada separuh kedua 2016.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, minyak sawit diniagakan kebanyakan­nya rendah berikutan peningkata­n prestasi ringgit.

Awal minggu lepas, agensi penarafan Fitch Ratings berkata harga MSM dijangka pulih tahun ini selepas meningkat pada bulan Februari dan Mac 2016, sekali gus menamatkan tempoh penurunan secara berturuttu­rut.

“Pemulihan itu berlaku berikutan permintaan global yang lebih stabil bagi minyak boleh dimakan dan paling murah itu serta kesan El Nino yang menjejaska­n pengeluara­n di Indonesia dan Malaysia, iaitu gabungan 86 peratus daripada jumlah output global,” katanya.

Kontrak Mei 2016 jatuh RM105 kepada RM2,572 satu tan metrik, Jun 2016 turun RM100 kepada RM2,593, Julai 2016 susut RM97 kepada RM2,593 manakala Ogos 2016 berkuranga­n RM87 kepada RM2,582 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 265,786 lot daripada 239,608 lot pada Jumaat lepas manakala kepentinga­n terbuka menokok kepada 307,609 kontrak berbanding 294,837 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April Selatan susut RM90 kepada RM2,600 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia