Utusan Borneo (Sabah)

Sentimen positif dijangka pacu peningkata­n ringgit

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencatat aliran peningkata­n pada minggu ini, didorong rangsangan positif termasuk pengumuman Gabenor baharu Bank Negara Malaysia ( BNM) serta pencapaian Program Transforma­si Ekonomi, sebagaiman­a diumumkan baru- baru ini.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata ringgit terbukti meningkat selepas pemilihan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor yang ternyata menepati sentimen keyakinan pelabur asing.

“Prestasi ringgit menghampir­i paras terendahny­a sejak Julai 2015 berikutan reaksi para pelabur ter- hadap keputusan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat yang tidak mengubah kadar faedahnya,” katanya kepada Bernama.

Indeks dolar yang mengukur mata wang AS itu berbanding kumpulan mata wang lain, susut 0.7 peratus kepada 93.76 manakala ringgit menokok 1.8 peratus kepada 3.8868 yang menghampir­i paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan.

Nazri juga optimis sentimen pasaran akan turut mendapat lonjakan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pendekatan sosial dan ekonomi di bawah Program Transforma­si Negara ( NTP) ternyata mencatat pencapaian yang menjangkau­i jangkaan.

Bagi perbanding­an asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup rendah berbanding dolar pada 3.9000/9070 berbanding 3.8940/ 8000, minggu sebelumnya.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9024/ 9083 daripada 2.8838/ 8904 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.6411/ 6487 daripada 3.5281/ 5342, sebelum ini.

Ia turun berbanding pound British kepada 5.6862/ 6984 daripada 5.5852/ 5957 pada Jumaat lepas dan susut berbanding euro kepada 4.4370/ 4462 daripada 4.3893/ 3969, sebelum ini.

Pasaran akan ditutup pada Isnin ini bersempena cuti umum Hari Pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia