Utusan Borneo (Sabah)

Beyonce raikan wanita kulit hitam dalam album filem

-

BINTANG pop terkemuka Beyonce baru-baru ini mengeluark­an sebuah album baharu dengan pelbagai jenis muzik dalam bentuk sebuah filem untuk memberi penghormat­an yang berani kepada kecekalan wanita Afrika Amerika.

‘Lemonade’ diiklankan hanya sebagai sebuah program khas di rangkaian kabel HBO tetapi, dalam satu langkah yang sudah dijangkaka­n oleh peminat-peminatnya yang tegar, dia mengumumka­n sebuah album dengan nama yang sama di tengahteng­ah siaran.

‘Album visual’ itu menandakan hasil kerja kedua berturut-turut di mana ratu pop berusia 34 tahun itu telah bereksperi­men dengan format penggabung­an - yang boleh juga termasuk media sosial, di mana ‘Lemonade’ dengan cepat menjadi sebuah topik utama yang trending.

Filem tersebut, yang diolah menerusi lagu-lagu album dan ayat daripada penyajak Somali Britain, Warsan Shire, berlatarbe­lakangkan Gothik Selatan, mengikuti perjalanan Beyonce yang emosional ketika dia menangani kecurangan tetapi juga pengalaman lebih besar wanita-wanita Afrika Amerika.

Album studio keenam Beyonce melibatkan pelbagai jenis bintang muzik, dengan ‘Don’t Hurt Yourself’ yang ditulis bersama anggota-anggota Led Zeppelin dan lagu paling ala lagu kebangsaan, ‘Freedom’, yang memaparkan penyanyi rap terkenal Kendrick Lamar.

Filem itu dibuka dengan tuduhan pengkhiana­tan dan Beyonce berkeliara­n di New Orleans sambil merosakkan kereta kerana berang dengan kecurangan pasanganny­a.

Perkara tersebut sertamerta mencetuska­n spekulasi yang hangat dalam media sosial bahawa ‘Lemonade’ adalah satu pengumuman artistik mengenai perpisahan­nya daripada suaminya yang sebenar, jutawan rap Jay-Z.

Namun pada hujung filem, Beyonce memasuki sebuah bab bertajuk ‘Forgivenes­s’ di mana dia dilihat memeluk Jay-Z yang sugul. Salah satu lagu Jay-Z yang paling terkenal sebelum dia berkahwin dengan Beyonce pada 2008 adalah ‘Big Pimpin’.

Dalam bukti selanjutny­a bahawa mereka masih bersama, Beyonce mengeluark­an album ‘Lemonade’ secara eksklusif dalam servis striming Tidal yang dimiliki oleh Jay-Z.

Beyonce, yang muncul di sisi wanita Afrika Amerika sepanjang filem, menarik tema ‘Lemonade’ pada awal filem dengan satu coretan daripada mendiang pemimpin hak sivil Malcolm X, yang berkata: “Orang yang paling tidak dihormati di Amerika adalah wanita berkulit hitam.”

Namun keperitan mereka, dalam ‘Lemonade’, bukan sahaja mengenai kecurangan. Dalam satu momen paling memberi kesan dalam filemnya, kamera menoleh tanpa komen kepada ibu-ibu tiga pemuda Afrika Amerika - Michael Brown, Eric Garner dan Trayvon Martin - yang mencetuska­n kemarahan di seluruh negara selepas mereka dibunuh, ketika wanitawani­ta tersebut dengan sayang mendakap gambar anak masing-masing.

Beyonce mengukuhka­n lagi tema keibuan dengan satu coretan daripada mendiang neneknya sendiri, Agnez Dereon, yang berkata: “Saya pernah mengalami suka dan duka tetapi saya sentiasa menemui kekuatan dalaman untuk berdiri semula.”

“Saya disajikan lemon, tetapi saya membuat lemonad,” katanya. seorang superstar dengan lagu-lagu seperti ‘Single Ladies (Put a Ring on It)’ - mengejutka­n ramai pendengar pada Februari lalu apabila dia mengeluark­an lagu pertama dalam ‘Lemonade’, ‘Formation’, dengan videonya yang mengetenga­hkan perjuangan pergerakan ‘Black Lives Matter’.

‘Formation’ - yang muncul hanya dalam kredit penutupan filem ‘Lemonade’ - menunjukka­n naluri muzikal Beyonce yang semakin pelbagai di mana lagu tersebut didorong oleh ‘bounce hiphop’ ala New Orleans. Beyonce menulis dua buah lagi lagu dalam ‘Lemonade’ bersama Diplo, iaitu penerbit elektronik dari Los Angeles yang telah mengolah bunyi baharu Justin Bieber, dan malah mengadun sentuhan country, selain jazz New Orleans, dalam lagu ‘Daddy Lessons’.

Bintang pop itu turut menggunaka­n The Weeknd dan Father John Misty, masing-masing sensasi dalam R&B dan ‘indie rock’, dan mengadapta­sikan satu korus daripada kumpulan ‘punk revival’ Yeah Yeah Yeahs.

Namun dia juga kembali kepada lagu balada yang menjadikan terkenal dalam ‘Sandcastle­s’, ditulis bersama penyajak dari Chicago, Malik Yusef.

‘Lemonade’ adalah album lengkap pertama Beyonce sejak album dengan namanya sebagai tajuk dikeluarka­n pada hujung 2013.

Album ‘Beyonce’ turut memasukkan komponen visual yang kuat, dengan filem-filem pendeka untuk mengiringi muzik.

Namun tema bagi album pada 2013 adalah jauh berlainan, kerana ia menangani keghairaha­n dan monogami, dan lagu ‘Drunk In Love’ adalah madah kepada nikmat bersuami-isteri dalam duet bersama Jay-Z. — AFP

 ??  ?? - MEMPELBAGA­IKAN GENRE MUZIK -
Beyonce - yang menjadi
- MEMPELBAGA­IKAN GENRE MUZIK - Beyonce - yang menjadi
 ??  ??
 ??  ?? PADA hujung filem, Beyonce memasuki sebuah bab bertajuk ‘Forgivenes­s’.
PADA hujung filem, Beyonce memasuki sebuah bab bertajuk ‘Forgivenes­s’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia